;

Saturday, March 26, 2011

Musabaqah Tilawah Al-Quran peringkat PKG


Kenapakah banyak kereta mula memenuhi ruang perkarangan SKBN ini? Apakah yang telah terjadi? Dah baca title entry kali ini mesti sudah dapat mengagak. Buat kesekian kalinya SKBN telah terpilih untuk menjadi tuan rumah Musabaqah Tilawah Al-Quran (MTQ) peringkat PKG Tok Jiring. Sebanyak 13 buah sekolah telah mengambil bahagian dalam MTQ kali ini. MTQ diadakan pada 21 Mac 2011 Isnin yang lalu. Syukur cuaca tidak begitu membimbangkan dan tidak hujan seperti selalu.

Sebanyak 13 buah sekolah telah mengambil bahagian. Antara sekolah yang terlibat ialah
1. Sek Keb Bukit Nanas (tuan rumah)
2. Sek Keb Kampung Gemuroh
3. Sek Keb Padang Air
4. Sek Keb Gong Badak
5. Sek Keb Tok Jiring
6. Sek Keb Bukit Tok Beng
7. Sek Keb Kompleks Gong Badak
8. Sek Keb Kompleks Seberang Takir
9. Sek Keb LKTP Belara
10. Sek Keb Bukit Guntong
11. Sek Keb Teluk Ketapang
12. Sek Keb Tok Jembal
13. Sek Keb Seberang Takir

Antara Pertandingan yang dijalankan ialah

1. Bercerita (Lelaki)
2. Bercerita (Perempuan)
3. Hafazan Al-Quran (Lelaki)
4. Hafazan Al-Quran (Perempuan)
5. Tilawah Al-Quran (Lelaki)
6. Tilawah Al-Quran (Perempuan)


Persediaan rapi sedang menghafal cerita yang bakal diperdengarkan .

Barisan pendaftaran yang buat2 sibuk walaupun dah tiada pendaftaran lagi semasa foto diambil (sekadar gurauan) Dari kiri - Ustazah Nazihah, Ustazah Idayu, dan Ustazah Maznah

Barisan juri untuk pertandingan bercerita yang diadakan di kantin sekolah

Pertandingan Tilawah Al-Quran (perempuan) diadakan di Makmal Komputer SKBN

Juri bagi pertandingan tilawah
Pengerusi Majlis dan Penjaga Masa / Pencatat


Hafazan Lelaki diadakan di bilik Access


Antara lokasi2 pertandingan lain yang tidak terdapat di dalam gambar

Bercerita (Perempuan) - Perpustakaan SKBN
Hafazan (Perempuan) - Makmal Sains SKBN
Tilawah Al-Quran (Lelaki) - Surau SKBN


Ustaz Abdullah Abd Rahman - PPD KT - perasmian penutup

Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ustaz Abdullah Abd Rahman dari PPD KT dan dipengerusikan oleh Ustaz Zakaria.

Antara peserta yang mendapat tempat dalam setiap acara

Hafazan (Lelaki)
Johan - Mohd Haziq Irfan Abdul Wahab - SK Tok Jiring
N.Johan - Muhammad Taufik Sudin - SK Bukit Tok Beng
Ketiga - Muhammad Rahimi Nasrullah - SK LKTP Belara

Hafazan (Perempuan)
Johan - Nurul Fatin Nabila Zakaria - SK Teluk Ketapang
N.Johan - Anis Najwa bt Mohd Hazani - SK Bukit Tok Beng
Ketiga - Anis Maizatul Amira bt M, Afizul - SK Kompleks Gong Badak

Tilawah (Lelaki)
Johan - Muhammad Rahimi Nasrullah - SK LKTP Belara
N.Johan - Ahmad Mukhlis Sharif b Ah. Zuki - SK Padang Air
Ketiga - Muhammad Ikmalul Hakim Azhar - SK Teluk Ketapang

Tilawah (Perempuan)
Johan - Rabiatul Adawiyah bt Yusoff - SK Kampung Gemuroh
N.Johan - Nur Ain Solehah bt Hamzah - SK LKTP Belara
Ketiga - Nur Soleha Yusof - SK Telik Ketapang

Bercerita (Lelaki)
Johan - Muhammad Arif Azizan bin Mohd Aziz - SK Bukit Nanas (Tuan rumah)
N.Johan - Ahmad Nabil Haziq b Mahadi - SK Bukit Tok Beng
Ketiga - Muhammad Nazmi Nasri - SK Padang Air


Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Hadiah telah disampaikan oleh Ustaz Abdullah Wakil dari PPD KT. Kepada semua peserta yang mendapat johan secara automatik akan menjadi wakil PKG

Video Johan Bercerita Lelaki (Muhammad Arif Azizan b Mohd Aziz)
SK Bukit Nanas


No comments:

Cuaca


For more widgets please visit www.yourminis.com