;
Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

Larian 1Malaysia


Sedia maklum larian 1Malaysia sudah berlangsung 2 Julai yang lalu.. Cuma lambat dikemaskini di blog...


Sesi pendaftaran dilakukan secara elektronik

Pendaftaran peserta dan kakitangan
Pendaftaran peserta

Acara pemanasan badan


Diketuai oleh instructor dari Unisza


Persediaan untuk berlepas









Memandangkan acara larian telah berlangsung pada hari Sabtu, dan dijadikan hari Sabtu bersekolah, maka selepas waktu rehat, diadakan pula Sambutan Israk dan Mikraj di kantin sekolah. Antara program yang diadakan ialah forum yang telah dipengerusikan oleh Ustaz Muda Che Ismail


Ahli panel forum ialah Tuan Haji Mat Salleh Abd Wahab iaitu Guru Besar SKBN dan juga Ustaz Mustaffa Bakari.

Alhamdulillah, acara berlangsung dengan lancar.

Saturday, April 30, 2011

Bola Baling Peringkat PKG

Bermula 18 April lalu, SKBN telah menghantar pasukan sekolah dalam permainan bola baling. Sebanyak 22 buah sekolah yang mengambil bahagian. Dan dibahagikan kepada 4 kumpulan. SKBN telah dimasukkan ke dalam kumpulan A bersama 4 lagi sekolah lain iaitu SK Gong Badak, SK Teluk Ketapang, SK Kompleks Mengabang Telipot dan SK Kebor Besar.

Pasukan SKBN dari kiri - Luqman Wahab, Akram, Fida'iy, Akid, Luqman Zuhairi, Saufi, Zulhilmi, Fahmi, Faizul, Syahmi, Izzhadi dan Amirul.

Antara 5 games semua, hanya 2 sahaja SKBN mengungguli pertandingan, selebihnya 3 kalah.

SKBN vs SK Kebor Besar (kalah 1-5)
SKBN vs SK Bukit Petiti (menang 4-0)
SKBN vs SK Teluk Ketapang (kalah 1-3)
SKBN vs SK Kompleks Mengabang Telipot (kalah 1-4)
SKBN vs SK GOng Badak (menang 3-1)

Bergambar kenangan sebelum balik

Jurulatih - Sir M
Pengurus - Ustaz Muda Che Ismail

Tuesday, February 23, 2010

Warna Warni Sukan Tahunan 2010





Sukan Tahunan Sekolah telah berlangsung selama dua hari bermula semalam dan berakhir jam 6 petang tadi. Warna warni kemeriahan temasya sukan kali ini sempat dirakam untk kenangan.




Saturday, May 9, 2009

Kejohanan Hoki MSSM Terengganu

Enam orang pelajar SK Bukit Nanas turut menganggotai Pasukan Hoki MSSM Kuala Terengganu Utara kategori lelaki bawah 12 tahun.
Berikut adalah keputusan kejohanan yang berakhir petang tadi di Stadium Hoki MBKT, Batu Buruk, Kuala Terengganu.

Johan : MSSM Kemaman
Naib Johan : MSSM Kuala Terengganu Selatan
Ketiga : MSSM Kuala Terengganu Utara
Keempat : MSSM Hulu Terengganu

Majulah Sukan Untuk Negara.

Saturday, May 2, 2009

Hoki : SKBN Juara lagi



Kejohanan Hoki Bawah 12 Tahun MSSDKTU

Peringkat : Akhir
Tarikh : 30 April 2009
Hari : Khamis
Masa : 5.00 petang
Tempat : Padang SK Bukit Tumbuh
Pasukan : SK Bukit Nanas lawan SK Pagar Besi
Keputusan : 2 - 1 ( Penalti )
JUARA : SK BUKIT NANAS

TAHNIAH Pasukan SKBN

Sebelum ini Pasukan Hoki SKBN telah menjadi juara Pertandingan Hoki Nike 2009 anjuran Persatuan Hoki Wanita Terengganu yang diadakan di Stadium Hoki Gong Badak.

Friday, April 10, 2009

Bola Sepak : SKBN Mantop



Sekalung tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak SKBN yang mewakili zon D kerana telah berjaya merangkul juara peringkat Kuala Terengganu Utara. Perlawan akhir yang berlangsung jam 5 petang semalam menyaksikan perlawanan sengit antara SKBN dan tuan rumah iaitu SK Bukit Tunggal. Walaubagaimanapun, SKBN berjaya menumpaskan lawannya dengan keputusan 5-4 setelah tendangan penalti dilakukan.
Syabas dan tahniah juga buat pengurus pasukan Cikgu Nasri bin Mohamad yang bekerja keras bagi memastikan pasukan SKBN mendapat kemenangan ini. Juga kepada semua guru yang terlibat memberikan sokongan kepada pasukan ini.

Cuaca


For more widgets please visit www.yourminis.com