;
Showing posts with label Majlis Perpisahan. Show all posts
Showing posts with label Majlis Perpisahan. Show all posts

Sunday, July 17, 2011

Jamuan Perpisahan


Pernah diceritakan di SINI tentang pertukaran 2 orang guru ke tempat baru. Yang pertama ialah Tn Haji Mat Sedik ke PPD dan yang kedua ialah En Mohd Nawi yang kini menjadi guru pendidikan khas di SK Kompleks Seberang Takir. Bersempena penghijrahan mereka, satu majlis perpisahan meraikan mereka telah di adakan di Restoran Sri Wangsa Gong Badak pada 11 Julai 2011 bag. Turut bersama diraikan dalam majlis tersebut ialah Pn Nor Afni Syuhada (kerani) yang telah dinaikkan pangkat ke PT (Pembantu Tadbir) di Jabatan Kementerian Kesihatan bermula 16 Julai 2011


Dari kiri - Ustaz Muda, Cikgu Mohd Nawi dan Ustaz Mustaffa Bakari

Tn Haji Mat Sedik (kiri) berkata sesuatu kepada PK KO Haji Ahmad bin Maska

Biru je semuanya??? Ya, kerana tema kali ini ialah BIRU


Yang tidak mengikut tema - Pn Diana dan Teacher Rozifah

Guru2 lelakinya .....







Ucapan dari Cikgu Nawi

Cikgu Nawi mula menjejakkan kaki ke SKBN seawal tahun 2011. Beliau diberi mandat memegang kelas tahun 2F dan menjadi ketua panitia beberapa subjek seperti Panitia Muzik, Sivik dan Kewarganegaraan dan juga Kajian Tempatan. Hampir 4 bulan setengah beliau bersama SKBN turut merasa terkilan kerana tidak sempat bersama lebih lama dengan ahli keluarga SKBN.

Ucapan dari Afni Syuhada

Tuan Haji Mat Sedik

Ucapan paling beremosi adalah dari Tuan Haji Mat Sedik. Beliau telah menjejakkan kaki ke SKBN lapan tahun dahulu dan SKBN merupakan sekolah yang paling lama beliau berkhidmat sepanjang menjadi seorang pendidik. Banyak perkara yang beliau lalui sepanjang berada di SKBN. Kini SKBN hanyalah menjadi salah satu laluan beliau menuju ke PPD. Baginya SKBN masih berada di takhta hatinya kerana di SKBN telah banyak mengajar beliau berbagai perkara.


Ucapan dari Guru Besar SKBN - Tn Haji Mat Salleh bin Abd Wahab





Semoga dimana jua anda berada akan sentiasa dibawah payung rahmat Allah hendaknya....

Saturday, March 5, 2011

Majlis Lagi?????

Sengaja admin meletakkan tanda soal kepada tajuk entry kali ini kerana pada hari yang sama selepas majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah, selepas habis waktu persekolahan, para guru berduyun2 pula menuju ke Primula Beach Hotel, Batu Buruk kerana satu lagi majlis yang agak grand diadakan di sana. Majlis itu ialah majlis sempena pertukaran cikgu YM Syed Hazril Yadi Syed Alias dan Mantan Guru Besar Tn Haji Aslai, disekalikan dengan majlis persaraan Ustazah Sepiah. Datang dengan perut kosong (ye la masa majlis maulidur rasul memang sengaja tidak makan). Sampai je dewan makan terus menjenguk2 lauk apakah yang terhidang barangkali??



Para kaum ibu mula mengambil tempat (kak Zan sedang mencari apa tu?? Oh kamera rupanya lantas menyerahkan kamera beliau untuk mensnap gambar2 lagi)

Guru yang diraikan -YM Syed Hazril Yadi yang kini mengajar di SK Teluk Ketapang

NOM....NOM

Ucapan dari yang diraikan - Ustazah Hajah Sepiah

Ucapan dari Mantan GB - Tn Haji Aslai Abd Rahman




Dimana pun anda berada, kenang kami dalam doa mu....

Friday, March 4, 2011

Malis Persaraan Pn Hajah Sepiah Ismail


Tut tap tup tap masa berlalu. Dah masuk tahun ke 30 rupanya beliau berkhidmat sebagai seorang pendidik.

Sedikit info tentang beliau...

Beliau dilahirkan pada 24 Februari 1955 . Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Nangka Besut dari tahun 1 sehingga tahun 6. Pendidikan menengah rendah di Sekolah Menengah Agama Maarif, Kampung Raja Besut.

Tingkatan 6 di SMASZA atau nama penuh Sek Men Agama Sultan Zainal Abidin.

Maktab Perguruan Islam Petaling Jaya Selangor dari 1979-1980.

Sekolah yang pertama menerima khidmat beliau ialah SK Chalok 1981-1982.

Mengakhiri zaman bujang pada 27 Mei 1982.

Dikurniakan 6 cahaya mata 2 lelaki dan 4 perempuan.

Antara sekolah sekolah lain yang mendapat khidmat beliau ialah

1983-1984 SK Meraga Beris - Kemaman

1985-1991 SK Tengku Bariah - Kuala Terengganu

1991-1995 SK Gong Badak - Kuala Terengganu.

1995-2011 Sk Bukit Nanas - Kuala Terengganu

SKBN adalah sekolah terakhir dan paling lama beliau bertahan. Jadi pada 27 Februari yang lalu, satu majlis sempena persaraan beliau telah diadakan bertempat di kantin SKBN. Beliau secara rasmi tamat pada 23 Februari 2011 yang lalu, tetapi memandangkan ramai guru yang tiada di sekolah pada waktu tersebut (termasuk ke KEM ANJUNG ILMU) maka sepakat untuk mengadakan majlis walaupun agak lewat tetapi tetap terasa kemeriahan dan kehilangan beliau.




Kedatangan beliau telah disambut dengan bunga manggar dan kompang menasyidkan lagu Tola'al Badru

Acara dimulakan dengan alunan suci ayat2 Al-Quran oleh adik Arif Amzar dari kelas 5 Al-Farabi

Ucapan penghargaan dari PK1 - Puan Zaitom Hassan

Sesi tayangan slaid dan multimedia. Slaid telah disediakan oleh Sir M

Bacaan profil dan biodata beliau telah disempurnakan oleh Pn Hatijah Ibrahim
Ucapan dari beliau




Acara pembahagian hadiah kepada Ustazah



Kemuncak Majlis / Simbolik Persaraan


Beliau diarak menaiki STORM menuju ke rumah kediaman beliau

Lambaian dari seorang bekas pendidik




TERIMA KASIH USTAZAH HAJAH SEPIAH ISMAIL
JASAMU DIKENANG
-dari warga SKBN

Saturday, February 12, 2011

Majlis Perpisahan Mantan Guru Besar SKBN 2011


Telah termaktub bahawa Haji Aslai menjadi nadi kepada sebuah sekolah lagi yang mungkin akan menjadi pengakhiran beliau sepanjang menjadi seorang pendidik (kerana beliau akan bersara pada 2013)...atau pun mungkin tidak. Tetapi sepanjang hampir lebih 7 tahun beliau bekhidmat sebagai guru besar di SKBN, banyak kenangan manis yang hampir tidak mampu dilupakan. Sehubungan dengan itu satu majlis perpisahan telah diadakan bagi mengenang jasa beliau dalam memimpin para pendidik di SKBN ini khususnya.




Majlis telah diadakan di dewan sekolah / kantin sekolah pada Rabu yang lalu bersamaan 9 Feb 2011. Beliau telah pun menamatkan perkhidmatan beliau di SKBN pada 31 Januari 2011 yang lalu dan bermula 1 Feb 2011, Sekolah Kebangsaan Bukit Petiti bakal menerima kehadiran beliau (juga sekolah yang bernama 'Bukit' ye). Sungguh pun beliau telah mula menjejakkan kaki ke SKBP, namun jemputan dari SKBN tidak beliau kecewakan. Terima kasih atas kesudian Tuan Haji menjejakkan lagi kaki ke sini pada hari tersebut.

Sebelum majlis bermula jam 1030 pagi, sesi pagi berjalan seperti biasa. Dan keadaan mula terasa meriah apabila jam sudah memasuki ke angka 10 pagi di mana para guru dan murid-murid mula memperkemaskan keadaan kantin yang bakal berubah wajah menjadi dewan.

Untuk pengetahuan umum, SKBN juga terdapat kelas Pendidikan Khas dan inilah wajah2 mereka yang keriangan memakai pakaian rasmi pendidikan khas.

Majlis dimulakan apabila kedatangan Tn Haji Aslai disambut dengan alunan ayat2 suci Al-Quran. Adik Aqilah Razali dari tahun 5 Al-Farabi telah mengalunkan ayat2 suci dari Surah Al-Baqarah ayat 22-25 sebagai acara pembuka majlis dan untuk mendapatkan kerahmatan dariNya.

Ucapan dari Pengerusi PIBG sekolah

Ucapan wakil guru dari GPK HEM

Acara yang menyentuh emosi bagi yang menghayati, tayangan slide menggambarkan segala pengorbanan dan bakti beliau sepanjang berkhidmat di SKBN. Slide disediakan oleh Ustaz Mustaffa Bakari dan lagu iringan berjudul Lilin Seorang Guru.

Akhirnya ucapan yang dinanti-nantikan. Mantan Guru Besar SKBN yang kini menjadi GB SKBP mengucapkan rasa berbesar hati beliau terhadap majlis yang diraikan ini.


Acara selingan yang telah menumpahkan air mata sebilangan besar hadirin yang berada di dalam dewan tersebut termasuklah Mantan GB sendiri. Kumpulan Koir bimbingan Teacher Rozifah mendendangkan 2 buah lagu iaitu Selasihku Sayang dan juga Salam Akhir yang diberi nafas baru.

Acara memberi hadiah kepada beliau (dah seperti hadiah pengantin pulak)




Kesungguhan dan keikhlasan jelas terpancar di wajah mereka yang ingin menghadiahkan sesuatu kepada Tn Haji Aslai sebagai ucapan terima kasih yang tidak terhingga.

Acara Simbolik Menanam Pokok.
Sebagai kenang-kenangan, Tuan Haji Aslai diiringi oleh Tn Haji Mat Salleh untuk menanam pokok sebagai simbolik kenangan perkhidmatan beliau di SKBN



Juga sebagai simbolik menerima kedatangan GB baru Tn Haji Mat Salleh bin Abd Wahab juga menanam pokok diperhatikan oleh sebilangan pelajar yang menyangkakan ada upacara bunga api sebagai simbolik (telah dikenakan oleh guru beliau)

Demikian lah sudah berakhirnya majlis yang penuh bermakna, berakhir nya tanggungjawab beliau di SKBN bukan lah bererti tanggungjawab warga pendidik lain turut berakhir, perjuangan perlu diteruskan, kerana peranan guru sebagai pendidik mahu melihat kejayaan anak muridnya di hari esok kelak. Sekian sahaja laporan berita hari ini.

Video Kenangan Mantan Guru Besar SKBN Tuan Haji Aslai bin Abdul Rahman

Cuaca


For more widgets please visit www.yourminis.com