;

Friday, February 18, 2011

Majlis Perjumpaan Dan Motivasi Ibu Bapa Murid Tahun 6 2011

Satu lagi majlis perjumpaan bersama ibubapa murid tahun 6 calon 2011 telah diadakan pada Rabu 16 Feb 2011 bertempat di kantin sekolah SKBN. Seramai 47 orang calon UPSR tahun ini bersama sebahagian ibubapa yang telah menghadirkan diri bagi memberi semangat dan juga mengambil tahu akan prestasi anak2 mereka setakat ini. Kesemua guru yang mengajar tahun 6 turut turun padang bagi melicinkan program yang pertama untuk calon2 UPSR tahun ini. Penceramah jemputan yang turut hadir ialah Puan Maimunaf bt Ropar dari Jabatan HEP IPGM KDRI Kampus Dato Razali Ismail Kuala Terengganu sebagai penceramah motivasi.


Bermula jam 8.00 pagi lagi perkarangan SKBN mula dikunjungi oleh para ibu bapa yang mendaftarkan diri. Majlis dimulakan sebaik sahaja Pn Maimunah tiba di perkarangan SKBN.

Ucapan alu-aluan oleg pengerusi majlis. Majlis telah dipengerusikan oleh Cikgu Abd Halim Sulaiman - guru Bahasa Melayu yang mengajar tahun 6 Al-Ghazali pada tahun ini mengingatkan bahawa agar pelajar mengambil seberapa banyak nasihat dan petunjuk yang bakal disampaikan oleh penceramah dan juga Guru Besar SKBN.

Bacaan doa telah dibacakan oleh Ustaz Muda Che Ismail - Guru Pendidikan Islam yang turut mengajar tahun 6 pada 2011

Wajah-wajah calon UPSR 2011

Wajah-wajah calon UPSR 2011 dari sisi puteri

Ucapan Guru Besar SKBN - Haji Mat Salleh b Abd Wahab. Beliau sedikit sebanyak menyentuh tentang segelintir sikap ibubapa yang agak konservatif apabila mempunyai anak yang bakal menduduki peperiksaan umpamanya UPSR ini. Tambah beliau lagi ada ibubapa yang sanggup menghantar bergelen-gelen air sebagai air penerang hati kepada ustaz-ustaz atau imam-imam untuk membacakan sesuatu. Tambahan beliau, kenapa tidak dibacakan sendiri kerana doa ibubapa kepada Allah adalah tiada hijab. Guru Besar juga mengagumi sebilangan ibubapa yang sanggup men'kuarantin'kan televisyen di rumah mereka kerana ingin anak-anak mereka menumpukan sepenuhnya pada ulangkaji. Tambah beliau lagi, beliau sendiri tidak mampu untuk melakukan tindakan tersebut.

Pada akhir ucapan beliau berharap semoga bimbingan ibubapa mampu menaikkan semangat pelajar untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR tahun ini.

Ceramah motivasi dari Puan Maimunah Rapor. Dalam ceramah beliau, banyak interaksi dua hala yang dilakukan supaya ada reaksi dari pelajar dan ibu bapa.







Majlis berhenti makan pada jam 1045 pagi dan seterusnya perjumpaan ibubapa dengan guru kelas anak masing2 untuk menandatangani buku laporan untuk TOV yang baru berlangsung.

Sunday, February 13, 2011

Maulidur Rasul 2011

Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul

Artikel dipetik daripada http://rockapak.org/forum/

Saturday, February 12, 2011

Majlis Perpisahan Mantan Guru Besar SKBN 2011


Telah termaktub bahawa Haji Aslai menjadi nadi kepada sebuah sekolah lagi yang mungkin akan menjadi pengakhiran beliau sepanjang menjadi seorang pendidik (kerana beliau akan bersara pada 2013)...atau pun mungkin tidak. Tetapi sepanjang hampir lebih 7 tahun beliau bekhidmat sebagai guru besar di SKBN, banyak kenangan manis yang hampir tidak mampu dilupakan. Sehubungan dengan itu satu majlis perpisahan telah diadakan bagi mengenang jasa beliau dalam memimpin para pendidik di SKBN ini khususnya.




Majlis telah diadakan di dewan sekolah / kantin sekolah pada Rabu yang lalu bersamaan 9 Feb 2011. Beliau telah pun menamatkan perkhidmatan beliau di SKBN pada 31 Januari 2011 yang lalu dan bermula 1 Feb 2011, Sekolah Kebangsaan Bukit Petiti bakal menerima kehadiran beliau (juga sekolah yang bernama 'Bukit' ye). Sungguh pun beliau telah mula menjejakkan kaki ke SKBP, namun jemputan dari SKBN tidak beliau kecewakan. Terima kasih atas kesudian Tuan Haji menjejakkan lagi kaki ke sini pada hari tersebut.

Sebelum majlis bermula jam 1030 pagi, sesi pagi berjalan seperti biasa. Dan keadaan mula terasa meriah apabila jam sudah memasuki ke angka 10 pagi di mana para guru dan murid-murid mula memperkemaskan keadaan kantin yang bakal berubah wajah menjadi dewan.

Untuk pengetahuan umum, SKBN juga terdapat kelas Pendidikan Khas dan inilah wajah2 mereka yang keriangan memakai pakaian rasmi pendidikan khas.

Majlis dimulakan apabila kedatangan Tn Haji Aslai disambut dengan alunan ayat2 suci Al-Quran. Adik Aqilah Razali dari tahun 5 Al-Farabi telah mengalunkan ayat2 suci dari Surah Al-Baqarah ayat 22-25 sebagai acara pembuka majlis dan untuk mendapatkan kerahmatan dariNya.

Ucapan dari Pengerusi PIBG sekolah

Ucapan wakil guru dari GPK HEM

Acara yang menyentuh emosi bagi yang menghayati, tayangan slide menggambarkan segala pengorbanan dan bakti beliau sepanjang berkhidmat di SKBN. Slide disediakan oleh Ustaz Mustaffa Bakari dan lagu iringan berjudul Lilin Seorang Guru.

Akhirnya ucapan yang dinanti-nantikan. Mantan Guru Besar SKBN yang kini menjadi GB SKBP mengucapkan rasa berbesar hati beliau terhadap majlis yang diraikan ini.


Acara selingan yang telah menumpahkan air mata sebilangan besar hadirin yang berada di dalam dewan tersebut termasuklah Mantan GB sendiri. Kumpulan Koir bimbingan Teacher Rozifah mendendangkan 2 buah lagu iaitu Selasihku Sayang dan juga Salam Akhir yang diberi nafas baru.

Acara memberi hadiah kepada beliau (dah seperti hadiah pengantin pulak)




Kesungguhan dan keikhlasan jelas terpancar di wajah mereka yang ingin menghadiahkan sesuatu kepada Tn Haji Aslai sebagai ucapan terima kasih yang tidak terhingga.

Acara Simbolik Menanam Pokok.
Sebagai kenang-kenangan, Tuan Haji Aslai diiringi oleh Tn Haji Mat Salleh untuk menanam pokok sebagai simbolik kenangan perkhidmatan beliau di SKBN



Juga sebagai simbolik menerima kedatangan GB baru Tn Haji Mat Salleh bin Abd Wahab juga menanam pokok diperhatikan oleh sebilangan pelajar yang menyangkakan ada upacara bunga api sebagai simbolik (telah dikenakan oleh guru beliau)

Demikian lah sudah berakhirnya majlis yang penuh bermakna, berakhir nya tanggungjawab beliau di SKBN bukan lah bererti tanggungjawab warga pendidik lain turut berakhir, perjuangan perlu diteruskan, kerana peranan guru sebagai pendidik mahu melihat kejayaan anak muridnya di hari esok kelak. Sekian sahaja laporan berita hari ini.

Video Kenangan Mantan Guru Besar SKBN Tuan Haji Aslai bin Abdul Rahman

Saturday, February 5, 2011

Cross Country 2011

Diadakan pada 1 Feb 2011 (ralat entry sebelum ini mengatakan akan diadakan 2 Feb, tetapi memandangkan 2 Feb cuti, maka telah diawalkan ke 1 Feb 2011
Dimulakan dengan berkumpul untuk pemanasan badan, ada saatnya hujan turun sekejap2 tetapi tidak mematahkan semangat para murid SKBN.


Mendengar taklimat daripada guru pengelola

Kehadiran para polis sebagai peronda

Acara ritual pun bermula (warm up)

Instructor jemputan dari Trinidad

Acara padang untuk pelajar tahun 1, 2, pra dan PKIBP


Perlumbaan yang dinantikan bermula

Juara kategori perempuan tahun 5 dan keseluruhan (tinggal 10 tiang dengan naib juara)

The jurors

Majlis penyampaian hadiah diadakan di dalam dewan aka kantin sahaja


Tahniah kepada semua pemenang....

Selamat Tahun Baru Cina 2011

Cuaca


For more widgets please visit www.yourminis.com