;
Showing posts with label Maulidur Rasul. Show all posts
Showing posts with label Maulidur Rasul. Show all posts

Saturday, March 5, 2011

Sambutan Maulidur Rasul 2011

Sempena Maulidur Rasul yang baru berlalu, SKBN telah mengadakan majlis sambutan maulidur rasul peringkat sekolah pada 28 Februari 2011. Majlis bertempat di Kantin sekolah. Memandangkan majlis berarak telah dijalankan bersama-sama orang kampung yang berhampiran, maka sambutan maulidur rasul peringkat sekolah hanya mengadakan pertandingan nasyid peringkat kelas.

Penasyid jemputan dari Egypt...



Majlis dimulakan dengan persembahan pembukaan dari kelas 5 Al-Farabi. Pembukaan yang cukup menarik dan telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Lagu 'Barakallah' dari 5 Al-Farabi (lelaki)

Lagu Rasululah dari 5 Al Farabi (perempuan)

Di pondok kecil dan Dia Kekasih Allah - 5 Al Ghazali

Sepohon Kayu - 4 Al- Farabi

Sepohon Kayu juga - 3 Al-Farabi

Syukur - 3 Al-Ghazali - mereka adalah juara yang sebenar pada mata admin

Rasulullah - 6 Al-Farabi - naib Johan

Medley 3 buah nasyid - 6 Al Ghazali (admin lupa lagu apa)

Tahniah kepada semua pemenang, diharap dapat melahirkan generasi yang mencintai dan menyayangi kekasih Allah yang Maha Agung, Rasulullah SAW.

Sunday, February 13, 2011

Maulidur Rasul 2011

Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Selamat Menyambut Hari Maulidur Rasul

Artikel dipetik daripada http://rockapak.org/forum/

Cuaca


For more widgets please visit www.yourminis.com