;
Showing posts with label Guru. Show all posts
Showing posts with label Guru. Show all posts

Saturday, January 14, 2012

Selamat Datang ke SKBN

Setelah pemergian 3 tenaga pengajar SKBN 2011, kini SKBN 2012 menerima kehadiran 4 lagi tenaga pendidik yang baru, yang bakal menjadi nadi penggerak SKBN dalam memastikan SKBN terus melahirkan generasi yang berjaya.

1. Pn Samsiah bt Ali guru Bahasa Inggeris dari SK Tok Jiring. Seorang bekas guru Akram dan mempunyai 17 tahun pengalaman dalam mengajar tahun 6.

2. Pn Khairuzita bt A.Rahman, guru Matematik bertukar dari SK Seri Budiman. Mempunyai 14 tahun pengalaman dalam mengajar tahun 6.

3. Pn Hartini bt Johari, guru Bahasa Inggeris bertukar dari SK Getang, Hulu Terengganu. Mempunyai XX pengalaman dalam mengajar tahun 6. (akan dikemaskini)

4. Encik Luthfi bin Sosi, guru Pendidikan Khas, dari SK Cheneh (akan dikemaskini)

Dengan kehadiran jentera baru ini diharap dapat menaikkan semula nama SKBN. Kami mengalu-alukan kedatangan cikgu-cikgu sekalian dengan hati yang terbuka.

Selamat Bertugas Di Tempat Baru

Seramai 3 orang bekas tenaga pengajar dari SKBN 2011 telah memohon pertukaran sekolah pada tahun lalu. Dan ketiga-tiganya telah berjaya menempatkan diri di tempat baru.

Cikgu Abd Halim Sulaiman, guru Bahasa Melayu. Kini memulakan tugas di SK Bukit Tunggal, Kuala Terengganu

Pn Rozifah Yaacob, guru Bahasa Inggeris. Kini mengajar di SK Penderas, Jerantut Pahang.

Tn Haji Mohamad Sofian bin Hamzah. Guru Pemulihan. Antara guru yang paling lama berkhidmat di SKBN. Kini bertugas di SK Darat Batu Rakit, Kuala Terengganu.

Warga SKBN mengucapkan jutaan terima kasih atas khidmat bakti cikgu sekalian kerana sudi singgah di SKBN buat seketika. Semoga Allah merahmati perjalanan hidup kalian.

Tuesday, January 10, 2012

Saturday, December 25, 2010

Mesyuarat SKBN pertama sesi 2011


Beberapa hari lepas, mesyuarat guru yang pertama telah dilangsungkan pada sekitar jam 930am bersamaan hari Rabu 22 December 2011. Mesyuarat ini juga telah merungkaikan pertanyaan guru manakah yang bakal memegang kelas pada tahun 2011 nanti.

Diucapkan tahniah dan selamat jalan kepada cikgu YM Syed Hazril Yadi kerana telah ditukarkan ke sekolah baru. Beliau akan menjalankan tugas sebagai guru di SK Teluk Ketapang pada sesi 2011 nanti

Disamping itu juga warga SKBN mengucapkan selamat datang kepada rakan baru yang akan menyempurnakan tugas sebagai tenaga pengajar di SKBN pada tahun 2011 nanti iaitu

1. Encik Mohd Nawi bin Ismail dari SK Lubuk Teras (kalau tidak salah admin la)
2. Puan Norhayati binti Ali dari SK Bukit Wan (juga kalau tidak salah admin)

Berikut adalah senarai nama guru yang akan bakal memegang kelas untuk sesi 2011 nanti

Diharapkan semua guru dapat menjalankan tugas dengan cemerlang sambil menaikkan martabat kerjaya guru di mana jua anda berada.


P.S : Admin pun turus tersenarai sebagai salah seorang guru kelas pada tahun hadapan.. Tahukah anda siapakah admin blog ini sekarang??

Friday, May 14, 2010

GURU OH GURU

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)
Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Tuesday, August 11, 2009

Selamat Kembali Bertugas


Selamat kembali bertugas kepada Puan Rozifah binti Yaacob yang telah sembuh daripada kecederaan kerana terlibat dengan satu kemalangan pada 2 Ogos kira-kira jam 4.30 pagi. Beliau yang mengajar Bahasa Inggeris dimasukkan ke Hospital Pasir Putih, Kelantan setelah Kereta Perodua Myvi yang dipandu suaminya terbabas ke bahu jalan dan melanggar sebuah kenderaan yang berhenti disitu. Bagaimanapun suami dan anaknya yang berumur 6 tahun hanya mengalami cedera ringan dan hanya diberi rawatan sebagai pesakit luar. Beliau terpaksa berada di hospital beberapa hari untuk rawatan lanjut kemudian dibenarkan pulang ke rumahnya tetapi masih lagi memerlukan rawatan dari semasa ke semasa.
Hari ini beliau telah hadir ke sekolah untuk meneruskan amanah sebagai pendidik. Semoga beliau diberi kesihatan yang baik dan dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.

Sunday, June 14, 2009

Semester baru

Hari ini bermula semester kedua persekolahan tahun 2009. Bermula dengan perhimpunan pagi dan perjalanan pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa. Cuma ada berita yang baru diterima iaitu pertukaran dua orang guru ke sekolah lain.
Mereka ialah :
1) Cikgu Rani Sulong (Blogger blog SKBN) - akan bertukar ke SK Kedai buluh.
2) cikgu Zuraidi - akan bertukar ke negeri kelahirannya, Perak Darul Ridhuan.

Tahniah kepada guru berkenaan dan Selamat Maju Jaya.

Cuaca


For more widgets please visit www.yourminis.com