;

Friday, August 26, 2011

Majlis Pra Raya

Hari terakhir persekolahan 25 Ogos 2011 (Khamis 25 Ramadan) telah diadakan satu majlis pemberian duit raya kepada pelajar dan juga majlis bersalam-salaman.


Majlis telah berlangsung di kantin sekolah



Penyampaian kad raya kepada Guru Besar dari Kelas PPKIBP


Penyampaian kad raya kepada Guru Penolong Kanan 1 dari Kelas PPKIBP

Penyampaian kad raya kepada Guru Penolong Kanan HEM dari Kelas PPKIBP

Penyampaian kad raya kepada Guru Penolong Kanan KO Kelas PPKIBP





Monday, August 1, 2011

Kem Sinar UPSR 2011

Trial UPSR baru je berakhir, dan disambung terus dengan Kem SINAR UPSR 2011. Harapannya semoga masih ada sinar di sebalik wajah-wajah calon UPSR 2011 ini. Sungguhpun Trial baru2 ni hanya 3 calon sahaja yang mendapat 5A, harapan agar masih ada calon2 yang bakal menggegarkan SKBN pada hari pengambilan keputusan UPSR nanti.

Berbalik kepada KEM. Kem ini diadakan sehari suntuk bermula seawal jam 730 lagi para pelajar tahun 6 mula memenuhi perkarangan surau untuk melakukan aktiviti rutin harian mereka iaitu bacaan Yassin dan solat Hajat / Dhuha. Bacaan Yassin telah dikhalifahkan oleh Ustaz Muda dan solat Hajat juga telah diimamkan oleh Ustaz Muda





Sebaik sahaja aktiviti di surau berakhir, maka kem diteruskan di makmal komputer dimana fasilitator jemputan telah bersedia menunggu iaitu Cikgu Wahab bin Salleh, dari PPD. Beliau telah membahagikan para pelajar ke dalam 6 kumpulan. Setiap kumpulan dilantik seorang ketua dan penolong

Setiap pelajar juga telah diberi barang amanah berbentuk buah epal dimana mereka diamanahkan untuk menghadiahkan epal tersebut kepada Tn Guru Besar pada majlis penutup malam nanti. Dengan harapan epal yang diamanahkan tiada cacat celanya.

Para pelajar diberi sekeping manila kad berbentuk A4 untuk digantungkan pada leher masing2 sepanjang kem berlangsung.




Aktiviti mencipta bendera dan logo kumpulan


Makan time... (entry ini ditaip pada 1 Ramadhan, tetapi kejadian kem semasa sebelum Ramadhan)

Sesi petang bersama Cikgu Asri dari Sk Pechah Rotan



Aktiviti malam sebelum majlis penutup dan penyampaian hadiah. Majlis bacaan Yassin dan solat hajat. Kali ini surau dipenuhi sekali lagi bersama2 ibu bapa dan guru-guru.


Sebaik sahaja solat Isyak, majlis penutup diadakan di dalam kantin sekolah. Kesemua ibu bapa turut bersama-sama para pelajar.

Sebahagian daripada tenaga pengajar SKBN


Kaum ibu

Kaum bapa

Pelajar terbaik kem perempuan - Zuraidah bt Anuar

Pelajar terbaik kem lelaki - Yusri b Muda. Kelihatan bapa beliau bersama-sama meraikan.

Birhday boy - kebetulan tarikh kem dijalankan sama dengan tarikh budak ni, Faizul Izwan bin Alias. Tarikh lahir 27 Julai 1999.


Acara kemuncak. Muhasabah dan zikir munajat sambil berpegangan tangan.





Suasana yang agak melankolik dengan pelukan dan tangisan para pelajar apabila diingatkan oleh fasilitator akan tentang pengorbanan seorang ibu dan bapa dalam membesarkan anak2. Tiada apa yang lebih penting dari jasa ibu bapa melahirkan dan membesarkan. Sungguhpun ada di antara mereka yang sudah tiada ibu bapa lagi, namun janji Allah itu pasti bahawa doa anak yang soleh akan sampai kepada mereka yang telah tiada..










Cuaca


For more widgets please visit www.yourminis.com