Debaran menanti keputusan UPSR kini berakhir. Daripada jumlah calon UPSR seramai 63 orang murid, hanya 6 orang yang berjaya mendapat 5A. Pihak SKBN mengucapkan tahniah kepada murid yang berjaya mendapat 5A dan semua yang berjaya. Jumlah yang mendapat 5A tahun ini merunun berbanding tahun lepas iaitu seramai 16 orang. Walaubagaimanapun kita tetap bersyukur atas kejayaan ini dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat mendidik dan mengajar mereka tanpa jemu. Penat lelah mereka sangat-sangat dihargai. Tahniah kepada guru-guru, ibu bapa serta individu-individu yang sentiasa berusaha dan mendoakan kejayaan SKBN. Moga SKBN akan beroleh kejayaan yang lebih gemilang.
;
Showing posts with label upsr09. Show all posts
Showing posts with label upsr09. Show all posts
Thursday, November 19, 2009
Keputusan UPSR
Debaran menanti keputusan UPSR kini berakhir. Daripada jumlah calon UPSR seramai 63 orang murid, hanya 6 orang yang berjaya mendapat 5A. Pihak SKBN mengucapkan tahniah kepada murid yang berjaya mendapat 5A dan semua yang berjaya. Jumlah yang mendapat 5A tahun ini merunun berbanding tahun lepas iaitu seramai 16 orang. Walaubagaimanapun kita tetap bersyukur atas kejayaan ini dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat mendidik dan mengajar mereka tanpa jemu. Penat lelah mereka sangat-sangat dihargai. Tahniah kepada guru-guru, ibu bapa serta individu-individu yang sentiasa berusaha dan mendoakan kejayaan SKBN. Moga SKBN akan beroleh kejayaan yang lebih gemilang.
Thursday, October 15, 2009
Kem Jom Solat Tahun 6
Majlis penutup Kem Jom Solat telah disempurnakan oleh Guru Besar, Tuan Haji Aslai bin Abdul Rahman di surau sekolah bermula jam 12.00 tengah hari tadi. Kem ini adalah di bawah program Pasca UPSR dan dikendalikan sepenuhnya oleh Panitia Agama Islam SKBN. Ia diadakan selama tiga hari(13-15 Oktober 2009) bermula jam 10.45 hingga 1.15 setiap hari.



Sunday, September 6, 2009
Majlis Mohon Restu UPSR



Majlis Mohon Restu UPSR telah diadakan baru sekejap tadi selepas perhimpunan mingguan selesai. Majlis ini bertujuan untuk calon-calon UPSR SKBN memohon restu dan maaf daripada semua guru. Majlis dimulakan dengan bacaan Perutusan UPSR daripada YAB Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad bin Said oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum SKBN. Kemudian diikuti dengan majlis bersalam-salaman murid-murid dengan semua guru.
Seluruh warga SKBN mendoakan agar semua murid dapat menjawab soalan-soalan dengan baik dan memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan bermula pada hari Selasa(8 September2009) sehingga hari Khamis (10 september 2009)nanti.
SELAMAT MENGHADAPI UPSR
SELAMAT MAJU JAYA
SEMOGA BERJAYA
Subscribe to:
Posts (Atom)
