;

Sunday, July 24, 2011

Pertandingan Kawad Kaki 2011

Pertandingan Kawad Kaki telah dilangsungkan pada 15 Julai 2011 bertempat di Sek Men Teknik Kuala Terengganu.




Tahniah kepada pasukan kawad kaki SKBN 2011 kerana telah mendapat Naib Johan pada pertandingan kali ini. Sekalung terima kasih kepada jurulatih jemputan Cikgu Nuril Anwar (guru praktikum Unisza) kerana bertungkus lumus melatih mereka.

Percubaan UPSR 2011


Selamat menduduki percubaan UPSR 2011 kepada semua pelajar tahun 6 2011.
Bermula 24-26 Julai 2011




Semoga kejayaan milik korang

Sunday, July 17, 2011

Jamuan Perpisahan


Pernah diceritakan di SINI tentang pertukaran 2 orang guru ke tempat baru. Yang pertama ialah Tn Haji Mat Sedik ke PPD dan yang kedua ialah En Mohd Nawi yang kini menjadi guru pendidikan khas di SK Kompleks Seberang Takir. Bersempena penghijrahan mereka, satu majlis perpisahan meraikan mereka telah di adakan di Restoran Sri Wangsa Gong Badak pada 11 Julai 2011 bag. Turut bersama diraikan dalam majlis tersebut ialah Pn Nor Afni Syuhada (kerani) yang telah dinaikkan pangkat ke PT (Pembantu Tadbir) di Jabatan Kementerian Kesihatan bermula 16 Julai 2011


Dari kiri - Ustaz Muda, Cikgu Mohd Nawi dan Ustaz Mustaffa Bakari

Tn Haji Mat Sedik (kiri) berkata sesuatu kepada PK KO Haji Ahmad bin Maska

Biru je semuanya??? Ya, kerana tema kali ini ialah BIRU


Yang tidak mengikut tema - Pn Diana dan Teacher Rozifah

Guru2 lelakinya .....







Ucapan dari Cikgu Nawi

Cikgu Nawi mula menjejakkan kaki ke SKBN seawal tahun 2011. Beliau diberi mandat memegang kelas tahun 2F dan menjadi ketua panitia beberapa subjek seperti Panitia Muzik, Sivik dan Kewarganegaraan dan juga Kajian Tempatan. Hampir 4 bulan setengah beliau bersama SKBN turut merasa terkilan kerana tidak sempat bersama lebih lama dengan ahli keluarga SKBN.

Ucapan dari Afni Syuhada

Tuan Haji Mat Sedik

Ucapan paling beremosi adalah dari Tuan Haji Mat Sedik. Beliau telah menjejakkan kaki ke SKBN lapan tahun dahulu dan SKBN merupakan sekolah yang paling lama beliau berkhidmat sepanjang menjadi seorang pendidik. Banyak perkara yang beliau lalui sepanjang berada di SKBN. Kini SKBN hanyalah menjadi salah satu laluan beliau menuju ke PPD. Baginya SKBN masih berada di takhta hatinya kerana di SKBN telah banyak mengajar beliau berbagai perkara.


Ucapan dari Guru Besar SKBN - Tn Haji Mat Salleh bin Abd Wahab





Semoga dimana jua anda berada akan sentiasa dibawah payung rahmat Allah hendaknya....

Ceramah Motivasi Pelajar Tahun 6 2011

Satu ceramah motivasi telah diadakan pada 10 Julai 2011 yang lalu dimana sebuah konsultan dari Kelantan telah singgah dan secara sukarela menyampaikan ceramah motivasi tersebut. Yang paling berkesan ialah airmata mereka bisa meruntun hati2 yang melihat (hati boleh melihat ke?) Mata2 yang melihat le...








Harapan kesedaran ini akan berkekalan sehinggalah bila2...

Larian 1Malaysia


Sedia maklum larian 1Malaysia sudah berlangsung 2 Julai yang lalu.. Cuma lambat dikemaskini di blog...


Sesi pendaftaran dilakukan secara elektronik

Pendaftaran peserta dan kakitangan
Pendaftaran peserta

Acara pemanasan badan


Diketuai oleh instructor dari Unisza


Persediaan untuk berlepas









Memandangkan acara larian telah berlangsung pada hari Sabtu, dan dijadikan hari Sabtu bersekolah, maka selepas waktu rehat, diadakan pula Sambutan Israk dan Mikraj di kantin sekolah. Antara program yang diadakan ialah forum yang telah dipengerusikan oleh Ustaz Muda Che Ismail


Ahli panel forum ialah Tuan Haji Mat Salleh Abd Wahab iaitu Guru Besar SKBN dan juga Ustaz Mustaffa Bakari.

Alhamdulillah, acara berlangsung dengan lancar.

Cuaca


For more widgets please visit www.yourminis.com