;

Friday, April 22, 2011

Selamat Bertugas DI Tempat Baru

Minggu lepas SKBN terpaksa melepaskan 2 tenaga pengajar yang sangat2 disayangi oleh murid-murid SKBN bukan kerana mereka menamatkan perkhidmatan, tetapi kerana mendapat tawaran yang lebih baik kepada mereka. Kedua2nya mula melaporkan diri di tempat baru bermula 16 April 2011 (AHAD) dengan semangat baru dan juga suasana yang baru. Sungguhpun kepergian ini terlalu pantas kerana surat panggilan yang diterima juga berkehendakkan mereka seberapa segera yang mungkin.

Cikgu Haji Mat Sedik telah memulakan jawatan baru sebaga Pegawai PPD Daerah Kuala Terengganu bermula Ahad lalu dan kepergian beliau sangat dirasai. Lebih2 lagi kedatangan beliau ke SKBN pada Rabu lepas (20hb April) untuk bersama-sama meraikan hari kejohanan olahraga peringkat sekolah sebagai kali terakhir bersama guru2 dan pelajar telah disalahertikan oleh sebilangan anak-anak didik beliau kerana menyangkakan Tuan Haji menipu mereka untuk berpindah. Yelah, hari Ahad kata dah tak mengajar mereka lagi, alih2 Rabu datang balik. Kanak2 tahun 2 itu sangat gembira dengan kedatangan beliau sambil memberitahu kawan2 yang lain bahawa cikgu mereka menipu untuk bertukar. Pada sesiapa yang mendengarnya pasti terasa sayu termasuk penulis sendiri kerana penulis sendiri menyaksikan kejadian kegembiraan mereka melihat Tn Haji di bilik guru. Berduyun2 pelajar tahun 2Al Farabi datang ke bilik guru mengintai dari luar melihat Tuan Haji membaca surat khabar. Yang pasti mereka kembali kehilangan bermula Ahad depan.



Cikgu Mohd Nawi mula menjejakkan kaki di SKBN seawal tahun 2011 pada 3 Januari 2011 sebagai seorang lagi tenaga pengajar yang bakal berbakti di sini. Namun usia khidmat beliau disini terlalu singkat kalau hendak dibandingkan dengan pengalaman beliau selama ini. Seorang guru yang sangat disenangi oleh semua pelajar dan juga guru-guru lain kerana sikap keperamahan yang beliau tunjukkan. Setelah hampir 4 bulan berbakti di SKBN sebagai guru Muzik, Sains, Sivik, PJK dan Kajian Tempatan, beliau telah dijemput untuk memberi tunjuk ajar kepada golongan yang lebih istimewa kerana kemahiran beliau mungkin lebih diperlukan dalam bidang 'golongan istimewa.' Guru Pendidikan Khas, itulah jawatan baru beliau yang kini berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir bermula 16 April lalu. Bagi penulis, masih banyak yang kami belum sempat mengenali beliau kerana usia perkenalan ini terlalu singkat. Semoga beliau akan terus memberi khidmat yang terbaik di mana jua beliau diperlukan...



Kami mengucapkan semoga Tuan Haji Mat Sedik dan juga Cikgu Mohd Nawi masih rajin2kan diri melawat SKBN di masa2 akan datang. Selamat bertugas di tempat baru.

P/S : Hilang lagi 2 orang cikgu kaum Adam di SKBN, semoga yang datang nanti adalah dari kaum Adam juga.....

No comments:

Cuaca


For more widgets please visit www.yourminis.com