;

Monday, September 28, 2009

Takziah...

KUALA TERENGGANU - Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun meraung memanggil adiknya sambil mengejar sebuah kereta yang menyeret adiknya dalam kemalangan di Kampung Raja, Tepuh dekat sini semalam(Isnin,21 Septerber 2009,2 Syawal).
Insiden menyayat hati itu berlaku pada pukul 11 pagi ketika mangsa Cheku Mohd. Afiq Cheku Mazlan ,5, dipimpin abangnya Cheku Idris menuju ke kedai runcit milik bapa saudaranya.
Bagaimanapun, Afiq tiba-tiba terlepas pegangan daripada abangnya menyebabkan dia dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta.
Idris yang melihat insiden itu terus mengejar kereta itu sambil meraung memanggil adiknya.
Selepas kira-kira 30 meter diseret, Afiq ditemui berlumuran darah dan Idris terus memangkunya dan tidak henti-henti memanggil adiknya yang sudah tidak bernyawa.

Che Ku Idris
(dipetik dari http://www.kosmo.com.my)

# Che KU Idris Che Ku Mazlan adalah murid tahun satu SKBN manakala adiknya Allahyarham Che Ku Mohd Afiq murid PraSekolah SKBN.

Thursday, September 17, 2009

Wednesday, September 16, 2009

Majlis Ambang AidilFitri



Alhamdulillah, baru tengah hari tadi diumumkan oleh guru besar bahawa SKBN dapat cuti peristiwa pada hari khamis. Semua gembira. Satu majlis yang telah diatur yang sepatutnya dibuat pada hari khamis ini, terus dibuat serta-merta bermula jam 11.30 pagi tadi. Majlis ini menjadi rutin tahunan sebelum menyambut aidilfitri.

11.30 pagi - Ucapan pengacara majlis ( Cikgu Abdul Halim Sulaiman)
11.40 pagi - Tazkirah Akhir Ramadhan dan AidilFitri ( Ustaz Mustaffa Bakari )
12.00 tengah hari - Ucapan dan pengumuman cuti oleh Tuan Guru Besar
12.20 tengah hari - Penyampaian sumbangan AidilFitri kepada anak yatim dan miskin serta duit raya untuk semua murid.
12.40 tengah hari - bersalam salaman dengan semua guru dan bersurai.

Walaupun ringkas, majlis berjalan dengan lancar dan meriah. Senyuman manis terukir diwajah semua yang hadir. Maklumlah semua mahu pulang beraya.

Kepada semua muslimin dan muslimat

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


dari warga SKBN.

Monday, September 14, 2009

Tadarus Al-Quran





Bulan Ramadhan yang dilalui ini perlu diisi dengan ibadat sebanyak mungkin kerana janji Allah untuk menggandakan pahala berlipat kali ganda bagi mereka yang melakukannya. Jesteru, program tadarus Al-quran ketika waktu rehat diadakan di surau SKBN bagi menanam rasa cinta kepada Al-quran dan sebagai panduan kepada murid-murid pengisian yang perlu mereka lakukan sepanjang bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Sunday, September 6, 2009

Majlis Mohon Restu UPSR





Majlis Mohon Restu UPSR telah diadakan baru sekejap tadi selepas perhimpunan mingguan selesai. Majlis ini bertujuan untuk calon-calon UPSR SKBN memohon restu dan maaf daripada semua guru. Majlis dimulakan dengan bacaan Perutusan UPSR daripada YAB Menteri Besar Terengganu Dato' Ahmad bin Said oleh Guru Penolong Kanan Kurikulum SKBN. Kemudian diikuti dengan majlis bersalam-salaman murid-murid dengan semua guru.
Seluruh warga SKBN mendoakan agar semua murid dapat menjawab soalan-soalan dengan baik dan memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan bermula pada hari Selasa(8 September2009) sehingga hari Khamis (10 september 2009)nanti.

SELAMAT MENGHADAPI UPSR
SELAMAT MAJU JAYA
SEMOGA BERJAYA

Tuesday, September 1, 2009

Hari Kemerdekaan

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN
MALAYSIA KE 52

Cuaca


For more widgets please visit www.yourminis.com