;

Saturday, January 22, 2011

Latihan Merentas Desa Siri 1 dan 2

Sebelum tiba hari pertandingan yang sebenar, SKBN telah mengadakan sesi latihan merentas desa untuk memantapkan stamina para pelajar sebelum tiba hari pertandingan. Latihan telah diadakan sebanyak 2 kali (setakat ini) iaitu pada 13 Januari dan 18 Januari 2011. Semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh para pelajar sangat membanggakan dan diharap dapat melahirkan lebih ramai atlit dari SKBN ini.


Sesi memanaskan badan diketuai oleh ketua setiap rumah

Latihan dimulakan bermula dari pintu pagar ke 2 SKBN

"Susah-susah saja...." balas Cikgu Zamli apabila admin cuba mempotretkan gambar beliau di dalam blog ini.

Pasukan gerak am aka peronda dari Cikgu Hatijah dan Cikgu Hamidah

Pasukan berbasikal dikepalai oleh guru2 rumah biru - Teacher Izza (depan) dan Ustazah Aminah (belakang)


Merenung masa depan - Haji Mat Sedik

Polis trafik yang menyamar sebagai guru SKBN, Ustazah Juariah



Latihan berakhir jam 630 petang dan Insyaallah pertandingan sebenar akan dilangsungkan pada 2 Februari 2011 nanti...

Majlis Penyampaian Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber 2011


Pada 16 Januari 2011 telah diadakan satu majlis penyampaian watikah perlantikan Pengawas Sekolah dan Pusat Sumber sewaktu perhimpunan mingguan. Watikah telah disampaikan oleh Guru Penolong Kanan Akademik dan Guru Penolong Kanan HEM kerana Guru Besar bercuti pada hari tersebut.



Ketua Pengawas sesi 2011 - Shahril Fahmi

Telah disampaikan oleh GPK Akademik - Puan Zaitom Hassan

Penolong Ketua Pengawas - Fatin Shahirah


Membaca ikrar

Ketua Pegawas Pusat Sumber - Fatin Elissya - disampaikan oleh GPK HEM - Ustazah Azizah

Bacaan ikrar


Semoga jawatakuasa Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi

Cuaca


For more widgets please visit www.yourminis.com