;

Monday, May 23, 2011

Bencana Pelajar SKBN


Pada hari guru yang lalu SKBN telah menyambut hari guru dengan penuh kemeriahan. Namun tidak pernah terlintas di pemikiran kita bahawa hari yang bahagia itu bakal menjadi tarikh bencana kepada salah seorang pelajar SKBN.

Syarifah Raihana Yasmin (berbaju biru) merupakan pelajar tahun 6 dan bakal menduduki peperiksaan UPSR 2011. Beliau memang terkenal dengan sifat lemah lembut dan sering tersenyum kepada semua orang.

Pada hari Isnin 16 May 2011, kejadian litar pintas di tingkat atas rumah beliau telah mengakibatkan Syarifah sekeluarga kehilangan tempat tinggal. Kejadian berlaku lebih kurang jam 6 petang. Menurut keluarga mangsa, kejadian kebakaran berlaku begitu pantas sehinggakan tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang.


Walaupun kebakaran bermula dari atas bilik ini, sebaik sahaja kebakaran dapat dipadamkan, dapat diperhatikan bahawa satu-satunya bilik yang tidak musnah 100%. Itulah keajaiban kuasa Allah, kerana bilik inilah bilik mereka sekeluarga menunaikan solat fardhu.







Semoga keluarga beliau tabah menghadapi hari2 mendatang..

Hari Guru 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011

Seawal jam 800 pagi para pelajar mula berkumpul di dataran perhimpunan. Ada berbagai warna dan ragam mereka semua. Walaupun timbul sedikit kekalutan semasa memulakan majlis, namun berkat ketangkasan para guru SKBN menyelesaikan masalah microfon yang tidak berbunyi, majlis dapat diteruskan seperti biasa.

Setiap tahun akan diadakan tema hari guru. Jika tahun lepas warna coklat yang menjadi tema, tahun ini kesepakatan telah dibuat dan biru menjadi tema.

Ustaz Mustaffa Bakari diberikan tanggungjawab untuk menggalas tugas sebagai pengerusi majlis tersebut. Antara acara yang dimulakan ialah nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan, dan MajU Berdikari (lagu sekolah). Kemudian turut menjemput wakil pelajar adik Shahril Fahmi selaku ketua murid menyampaikan ucapan.

Seterusnya perutusan-perutusan telah disampaikan oleh PK1 - Pn Zaitom Hassan, PK Hem Pn Azizah Embong dan juga PK Ko Haji Ahmad bin Maska. Majlis kemuncak dengan ucapan guru besar SKBN Haji Mat Salleh bin Abd Wahab.

Bacaan ikrar hari guru telah disampaikan oleh Sir Mazyudin bin Mokhtar dan diikuti oleh semua warga pendidik. Seterusnya juga disampaikan lagu "Guru Malaysia" dan nyanyian secara beramai-ramai.

Simbolik atau kemuncak perayaan hari guru tahun ini telah disediakan oleh Ustazah Maznah Ibrahim. Beliau telah menyiapkan satu kad ucapan gergasi khas untuk guru besar dan telah ditandatangi oleh semua guru.


Acara pentas juga telah selamat berlangsung dimana 9 kelas dari 12 telah menyampaikan setiap persembahan mereka dengan baik. Hari guru telah berlangsung dengan meriah, dan para guru mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua murid kerana turut menyayangi kami seperti kami menyayangi mereka.

p/s - Gambar sukaneka tidak dapat disiarkan atas kerosakan teknikal..

Cuaca


For more widgets please visit www.yourminis.com