;
Showing posts with label Perkhemahan. Show all posts
Showing posts with label Perkhemahan. Show all posts

Saturday, May 16, 2009

Hari Akhir Perkhemahan SKBN

8.00 pagi - Bermula dengan Solat Subuh setelah terbit fajar,peserta kemudiannya diberi pengisian rohani iaitu kuliah Subuh oleh Ustaz Mustaffa Bakari Mohd. Peserta kelihatan agak keletihan kerana mungkin banyak aktiviti semalam, waktu rehat juga kurang. Namun itu semua adalah pengalaman yang berharga untuk mereka.Selepas Riadah dan nyanyian lagu Negaraku, para peserta dibenarkan pulang semula ke khemah masing-masing untuk menyediakan sarapan pagi. Kebanyakan mereka menyediakan roti sandwich dan ada juga yang menambah menu dengan membuat jemput-jemput.
Di kalangan guru pula, menu untuk sarapan pagi ini ialah nasi minyak dan minuman kopi radix yang paling diminati.

11.00 pagi - Perkhemahan tahun ini hampir selesai. Kawasan khemah dibersihkan secara gotong-royong, khemah telah dicabut dan disimpan untuk dibersihkan. Para peserta sedang menikmati jamuan bihun goreng yang disediakan guru bertugas sementara menunggu majlis penutup.


12.00 tengah hari - Majlis penutup selesai. Hadiah disampaikan oleh Puan Hajjah Azizah Embong mewakili Guru Besar yang terpaksa ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man.



Kenangan perkhemahan kali ini mungkin menjadi kenangan manis kepada para peserta dan juga para guru yang bertungkus lumus menjayakan program tahunan ini. Pelbagai pengalaman ditimba oleh mereka sepanjang tempoh perkhemahan, mereka berdikari memasang khemah, memasak sendiri serta menyemai semangat kerjamasa antara ahli unit.

Sekalung penghargaan buat semua yang terlibat menjayakan Program Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform pada tahun ini.

Friday, May 15, 2009

Lintas langsung Perkhemahan Hari kedua

Hari kedua perkhemahan unit beruniform SKBN 2009

9.00 pagi - Selepas solat subuh pagi tadi, peserta mendengar kuliah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Muda. Kemudian ke khemah masing-masing untuk riadah pagi dan nyanyian lagu Negaraku.Pemeriksaan khemah juga dibuat untuk penilaian khemah terbaik. Mereka kemudian memasak untuk sarapan pagi. Aktiviti pagi ini ialah pertandingan memasak, setiap unit menghantar dua pasukan untuk pertandingan ini.





Para peserta nampaknya begitu seronok mengikuti program perkhemahan pada tahun ini. Cuaca pada kali ini juga agak baik. Buat pertama kali dalam tempoh tujuh tahun para peserta dibenarkan tidur didalam khemah. Untuk rekod sebelum ini, setiap tahun ketika diadakan perkhemahan, pasti hujan akan turun. Maklumlah, Bukit Nanas ni adalah kawasan tadahan hujan. Tahun ini Alhamdulillah, cuaca begitu baik.
Setakat ini tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku kecuali ketika pertandingan memasak tadi seorang peserta luka sedikit jari tangannya terkena pisau. Mungkin tidak biasa melakukannya atau mungkin juga berdebar kerana berada dalam pertandingan menyebabkan dia tersilap langkah. Walaubagaimanapun, peserta itu telah dirawat dan boleh meneruskan aktiviti seperti biasa.

2.30 petang - Peserta perkhemahan pulang dari menunaikan Solat Jumaat di Masjid Kampung Tepoh dan bersiap sedia untuk aktiviti seterusnya pada petang ini.
5.00 petang - Peserta telah selesai dua aktiviti iaitu indoor game dan mencari harta karun.Selepas solat Asar, satu lagi pertandingan yang diadakan iaitu Pertandingan kawad kaki.Dua kumpulan mewakili setiap unit beruniform untuk pertandingan ini dan mereka telah melakukan yang terbaik untuk memastikan unit merekaa menjadi johan.
9.00 malam - Para peserta telah selesai menunaikan Solat Isyak secara berjemaah. Sebelum itu mereka telah mendengar Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Mustaffa Bakari Mohd selepas solat Maghrib.Sekarang mereka sedang menuju ke tempat persembahan kebudayaan.
9.30 malam - Ada kumpulan yang masih membuat latihan persembahan saat-saat akhir. Sementara pihak guru sedang membakar ayam untuk hidangan malam ini.
11.30 malam - Selesai persembahan kebudayaan,peserta disediakan makan malam dan terus ke khemah masing-masing untuk tidur.


#soryla gambar tu tahun 2010, silap seting.

Thursday, May 14, 2009

Lintas langsung Perkhemahan Unit Beruniform SKBN

Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform SKBN 2009 sedang berlangsung dan telah bermula:
Tarikh : 14, 15 dan 16 Mei 2009
Hari : Khamis, Jumaat dan Sabtu
Tempat : Tapak perkhemahan SKBN
Perasmian oleh : Yang Berhomat Dato' Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri,
Ahli Parlimen Kuala Nerus
Unit Terlibat:
1) Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)
2) Persatuan Pengakap
3) Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)
4) Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS)

Berikut adalah lintas langsung persiapan dan aktiviti perkhemahan yang berlangsung..

14 Mei 2009

8.15 pagi - Latihan perbarisan untuk majlis perasmian oleh YB Kuala Nerus.
10.00 pagi - Pembahagian Khemah kepada peserta mengikut unit masing-masing.
10.30 pagi - Mula memasang khemah di tapak perkhemahan serta penyediaan gajet.
11.30 pagi - Pemasangan khemah serta perhiasan sekitarnya siap dilakukan.
11.35 pagi - Murid dibenarkan pulang untuk mengambil barang keperluan dan bersedia untuk majlis perasmian jam 3.00 petang nanti.
2.30 petang - Pendaftaran peserta perkhemahan.
2.45 petang - Peserta mula mengambil tempat untuk perbarisan.

3.00 petang - Menunggu ketibaan YB Dato' Haji Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri
3.05 petang - Ketibaan YB Ahli Parlimen Kuala Nerus
3.15 petang - Pemeriksaan perbarisan oleh YB Dato' Haji Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri diiringi Kem Komamdan Perkhemahan

3.20 petang - Bacaan Doa oleh Ustaz Muda bin Che Ismail
3.25 petang - Ucapan Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum Haji Ahmad bin Maska yang mewakili Guru Besar
3.30 petang - Ucapan Perasmian oleh YB Dato' Haji Mohd Nasir Tan Sri Ibrahim Fikri, Ahli Parlimen Kuala Nerus

3.40 petang - Jamuan untuk Dif Jemputan
3.45 petang - Bacaan Ikrar dan penutup
4.00 petang - Bersurai, peserta ke khemah masing-masing.
4.05 petang - YB Dato' melawat tapak perkhemahan dan bermesra dengan peserta




4.40 petang - Solat Asar berjemaah di Surau
5.10 petang - Ke khemah,peserta memasak untuk minum petang,ada yang bawa makanan siap dan ada yang memasak sendiri.
6.30 petang - persiapan ke surau untuk solat maghrib.
8.00 malam - Peserta berada di surau,selepas solat Maghrib, mereka menunaikan solat hajat, bacaan yaasin dan tahlil di bawah pimpinan Ustaz Muda bin Che Ismail.
9.15 malam - peserta diberi taklimat perkhemahan oleh Kem Komandan Cikgu Mohd Azhar bin Abdillah.

#sila refresh blog ini untuk berita terkini.

Cuaca


For more widgets please visit www.yourminis.com