Hari kedua perkhemahan unit beruniform SKBN 2009
9.00 pagi - Selepas solat subuh pagi tadi, peserta mendengar kuliah subuh yang disampaikan oleh Ustaz Muda. Kemudian ke khemah masing-masing untuk riadah pagi dan nyanyian lagu Negaraku.Pemeriksaan khemah juga dibuat untuk penilaian khemah terbaik. Mereka kemudian memasak untuk sarapan pagi. Aktiviti pagi ini ialah pertandingan memasak, setiap unit menghantar dua pasukan untuk pertandingan ini.
Para peserta nampaknya begitu seronok mengikuti program perkhemahan pada tahun ini. Cuaca pada kali ini juga agak baik. Buat pertama kali dalam tempoh tujuh tahun para peserta dibenarkan tidur didalam khemah. Untuk rekod sebelum ini, setiap tahun ketika diadakan perkhemahan, pasti hujan akan turun. Maklumlah, Bukit Nanas ni adalah kawasan tadahan hujan. Tahun ini Alhamdulillah, cuaca begitu baik.
Setakat ini tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku kecuali ketika pertandingan memasak tadi seorang peserta luka sedikit jari tangannya terkena pisau. Mungkin tidak biasa melakukannya atau mungkin juga berdebar kerana berada dalam pertandingan menyebabkan dia tersilap langkah. Walaubagaimanapun, peserta itu telah dirawat dan boleh meneruskan aktiviti seperti biasa.
2.30 petang - Peserta perkhemahan pulang dari menunaikan Solat Jumaat di Masjid Kampung Tepoh dan bersiap sedia untuk aktiviti seterusnya pada petang ini.
5.00 petang - Peserta telah selesai dua aktiviti iaitu indoor game dan mencari harta karun.Selepas solat Asar, satu lagi pertandingan yang diadakan iaitu Pertandingan kawad kaki.Dua kumpulan mewakili setiap unit beruniform untuk pertandingan ini dan mereka telah melakukan yang terbaik untuk memastikan unit merekaa menjadi johan.
9.00 malam - Para peserta telah selesai menunaikan Solat Isyak secara berjemaah. Sebelum itu mereka telah mendengar Kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Mustaffa Bakari Mohd selepas solat Maghrib.Sekarang mereka sedang menuju ke tempat persembahan kebudayaan.
9.30 malam - Ada kumpulan yang masih membuat latihan persembahan saat-saat akhir. Sementara pihak guru sedang membakar ayam untuk hidangan malam ini.
11.30 malam - Selesai persembahan kebudayaan,peserta disediakan makan malam dan terus ke khemah masing-masing untuk tidur.
#soryla gambar tu tahun 2010, silap seting.
No comments:
Post a Comment