Di kalangan guru pula, menu untuk sarapan pagi ini ialah nasi minyak dan minuman kopi radix yang paling diminati.
11.00 pagi - Perkhemahan tahun ini hampir selesai. Kawasan khemah dibersihkan secara gotong-royong, khemah telah dicabut dan disimpan untuk dibersihkan. Para peserta sedang menikmati jamuan bihun goreng yang disediakan guru bertugas sementara menunggu majlis penutup.
12.00 tengah hari - Majlis penutup selesai. Hadiah disampaikan oleh Puan Hajjah Azizah Embong mewakili Guru Besar yang terpaksa ke Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan di Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man.
Kenangan perkhemahan kali ini mungkin menjadi kenangan manis kepada para peserta dan juga para guru yang bertungkus lumus menjayakan program tahunan ini. Pelbagai pengalaman ditimba oleh mereka sepanjang tempoh perkhemahan, mereka berdikari memasang khemah, memasak sendiri serta menyemai semangat kerjamasa antara ahli unit.
Sekalung penghargaan buat semua yang terlibat menjayakan Program Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform pada tahun ini.
No comments:
Post a Comment