;

Saturday, April 9, 2011

Mesyuarat Agung PIBG ke 17 2011

Bertempat di kantin SKBN, pada 8 April yang lalu telah diadakan mesyuarat agung PIBG kali ke 17. Mesyuarat yang bersejarah tersebut telah dihadiri oleh Yang Berhormat Dato Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri, Ahli Parlimen Kuala Nerus bagi merasmikan mesyuarat tersebut.

Seawal 7.45 pagi lagi perkarangan kantin mula dibanjiri dengan kedatangan ibu bapa yang bersemangat untuk menghadiri mesyuarat tersebut.

Tempat yang pertama disinggahi oleh para ibu bapa ialah meja pendaftaran ini. Segala tugas dijalankan sebaiknya oleh Ustazah Na dan Cikgu Norizan


Paluan kompang jemputan khas dari SK Padang Kemunting menandakan kedatangan Dato Haji Mohd Nasir memasuki ruang SKBN.



Ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis - Cikgu Halim Sulaiman


Para pencatat - YM Tuan Zuriaty, Cikgu Norhayati Ali, dan Teacher Nurul Izza

Ucapan oleh Yang Berusaha Tuan Guru Besar SKBN - Haji Mat Salleh Abd Wahab

Ucapan Pengerusi PIBG - Tuan Haji Mohd bin Harun


Acara selingan - persembahan nasyid dari pelajar tahun 5 Al-Farabi - Fatamorgana dan Barakallah

Ucapan dari YB Dato Haji Mohd Nasir bin Tan Sri Ibrahim Fikri. Dalam ucapan beliau ada menegaskan supaya ibu bapa lebih mementingkan hal2 kebajikan berkaitan dengan ilmu anak-anak berbanding hal-hal yang kurang perlu dipentingkan.

Cendera mata disampaikan oleh Pengerusi PIBG Haji Mohd bin Harun kepada Dato

Mesyuarat bermula....

Antara agenda yang telah dibentangkan ..... (akan dikemaskini dengan seberapa segera)

No comments:

Cuaca


For more widgets please visit www.yourminis.com