;

Friday, February 18, 2011

Majlis Perjumpaan Dan Motivasi Ibu Bapa Murid Tahun 6 2011

Satu lagi majlis perjumpaan bersama ibubapa murid tahun 6 calon 2011 telah diadakan pada Rabu 16 Feb 2011 bertempat di kantin sekolah SKBN. Seramai 47 orang calon UPSR tahun ini bersama sebahagian ibubapa yang telah menghadirkan diri bagi memberi semangat dan juga mengambil tahu akan prestasi anak2 mereka setakat ini. Kesemua guru yang mengajar tahun 6 turut turun padang bagi melicinkan program yang pertama untuk calon2 UPSR tahun ini. Penceramah jemputan yang turut hadir ialah Puan Maimunaf bt Ropar dari Jabatan HEP IPGM KDRI Kampus Dato Razali Ismail Kuala Terengganu sebagai penceramah motivasi.


Bermula jam 8.00 pagi lagi perkarangan SKBN mula dikunjungi oleh para ibu bapa yang mendaftarkan diri. Majlis dimulakan sebaik sahaja Pn Maimunah tiba di perkarangan SKBN.

Ucapan alu-aluan oleg pengerusi majlis. Majlis telah dipengerusikan oleh Cikgu Abd Halim Sulaiman - guru Bahasa Melayu yang mengajar tahun 6 Al-Ghazali pada tahun ini mengingatkan bahawa agar pelajar mengambil seberapa banyak nasihat dan petunjuk yang bakal disampaikan oleh penceramah dan juga Guru Besar SKBN.

Bacaan doa telah dibacakan oleh Ustaz Muda Che Ismail - Guru Pendidikan Islam yang turut mengajar tahun 6 pada 2011

Wajah-wajah calon UPSR 2011

Wajah-wajah calon UPSR 2011 dari sisi puteri

Ucapan Guru Besar SKBN - Haji Mat Salleh b Abd Wahab. Beliau sedikit sebanyak menyentuh tentang segelintir sikap ibubapa yang agak konservatif apabila mempunyai anak yang bakal menduduki peperiksaan umpamanya UPSR ini. Tambah beliau lagi ada ibubapa yang sanggup menghantar bergelen-gelen air sebagai air penerang hati kepada ustaz-ustaz atau imam-imam untuk membacakan sesuatu. Tambahan beliau, kenapa tidak dibacakan sendiri kerana doa ibubapa kepada Allah adalah tiada hijab. Guru Besar juga mengagumi sebilangan ibubapa yang sanggup men'kuarantin'kan televisyen di rumah mereka kerana ingin anak-anak mereka menumpukan sepenuhnya pada ulangkaji. Tambah beliau lagi, beliau sendiri tidak mampu untuk melakukan tindakan tersebut.

Pada akhir ucapan beliau berharap semoga bimbingan ibubapa mampu menaikkan semangat pelajar untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR tahun ini.

Ceramah motivasi dari Puan Maimunah Rapor. Dalam ceramah beliau, banyak interaksi dua hala yang dilakukan supaya ada reaksi dari pelajar dan ibu bapa.







Majlis berhenti makan pada jam 1045 pagi dan seterusnya perjumpaan ibubapa dengan guru kelas anak masing2 untuk menandatangani buku laporan untuk TOV yang baru berlangsung.

No comments:

Cuaca


For more widgets please visit www.yourminis.com