Pada 22,23 hingga 24 Februari 2011 telah berlangsung satu kem yang dinamakan sebagai kem anjung ilmu sempena murid-murid tahun 6. Bermula pagi hari lagi pelajar2 ini sudah tidak sabar untuk memulakan destinasi ke Marang kerana bas dijadualkan tiba jam 11.30pagi. Waktu persekolahan pagi adalah macam biasa. Namun pada jam 1030pagi,pelajar tahun 6 sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah dan bersiap sedia semula sebelum jam 1130pg. Tetapi bayang2 bas hanya kelihatan pada jam 130 petang kerana bas telah terlajak menuju ke Sek Menengah Kebangsaan Bukit Nanas yang terletak dalam daerah Setiu. Akhirnya bas berpatah balik menuju ke SKBN.
Perjalanan dimulakan lebih kurang jam 130pm. Seramai 47 orang pelajar tahun 6 yang akan menyertai kem tersebut. Beberapa orang guru tahun 6 yang lain terlebih dahulu menuju ke Marang Village Resort and Spa di Marang. Manakala Ustazah Azyan mengekori bas bersama CAH (kereta) beliau bersama Teacher Izza. Manakala Sir M pula menaiki bas bersama pelajar2.
Wajah2 yang tidak sabar untuk ber'kem'. Soalan yang sama asyik ditanya "Dah sampai ke??"
Tiba di perkarangan Marang Village Resort and Spa dalam jam 205pm. Aktiviti yang pertama sepatutnya bermula jam 200pm tetapi disebabkan kelewatan bas, maka program turut tertunda... Tapi aktiviti wajib tetap kena jalankan iaitu makan........
Makanan yang disediakan memang SUPERB....Kacis oh......(lupa ini bukan blog persendirian) Dari kiri Pn Rosnizan, Puan Zainun dan Puan Zaitom (PK1)
Slot 1 - bersama fasilitator dari bakal pendidik IPGM Kampus Dato' Razali Ismail
Guru-guru pengiring
Apa la yang disedihkan sangat tu sampai semua tunduk ke bawah je.....
Mesti sesi muhasabah diri ni (admin blog terlepas aktiviti ini sebab beliau sedang memasang banner di foyer resort)
Nangis la dik oiii...
Selepas slot pertama, aktiviti riadah terpaksa dibatalkan menggantikan sesi taklimat peraturan semasa berada di resort dan juga pembahagian bilik.
Slot malam nya pula......
Habis hari pertama......
No comments:
Post a Comment