Sudah tiba ke penghujung hari kem anjung ilmu ini. Seperti semalam, pagi yang ceria telah diwarnai dengan bunyi bunyian lagu poco-poco (selepas Subuh la). Kebanyakan murid2 telah berjaya menghafal step lagu tersebut. Dan mujur juga masalah teknikal seperti semalam tidak berlaku lagi.
Slot pagi telah diambil alih oleh Cikgu Halim Sulaiman (guru B.Melayu Tahun 6) dan juga Ustaz Muda (guru PAI tahun 6). Beberapa aktiviti yang menarik telah dijalankan dan mempunyai maksud tersirat telah membuka mata beberapa orang pelajar tentang kerja sama dan menghargai masa.
Antara aktiviti yang cikgu Halim utarakan ialah seperti menulis nama orang kesayangan di atas sehelai kertas. Dan kertas2 itu dibuang ke dalam bakul satu persatu. Pada mulanya semua murid2 membuang kertas keempat (selepas arahan membuang kertas ke dalam bakul diberikan) tetapi apabila beliau menduga bahawa bagaimana mereka boleh membuang kertas yang mengandungi nama orang kesayangan masing-masing, ada beberapa pelajar mengambil semula kertas yang dibuang. Malah arahan seterusnya untuk membuang kertas yang mengandungi orang ke2, ke2 dan pertama tersayang telah diingkari oleh semua pelajar. Hatta selepas aktiviti sudah berakhir dan minta membuang ke dalam bakul pun masih ada yang tidak sanggup membuangnya.
Selepas minum pagi, aktiviti kemuncak ialah perasmian penutup oleh Tn Haji Mat Salleh Abd Wahab, guru besar SKBN kini. Turut bersama beliau di dalam majlis tersebut ialah mantan guru besar, Tuan Haji Aslai Abd Rahman.
Pembahagian Sijil2 Penyertaan
Masa untuk NOM NOM.........
Akhirnya berakhir sudah Kem Anjung Ilmu bertempat di Marang Village Resort and Spa, Marang Terengganu. Semua orang sudah lapar, dan semua orang asyik teringat untuk pulang.
Makan tengahari yang super special...
Bas lambat datang.......
Masa nak datang ke Marang, bas dah lambat sampai.... Ni masa nak balik pun bas lambat jugak. Hampir 2 jam lebih (termasuk waktu makan) para peserta menunggu. Tetapi Guru Besar, GPK1 dan GPK Hem tetap setia bersama-sam peserta menunggu bas yang lambat.
Alang-alang tunggu bas, jom snap gambar2 kenangan....
Yang satu lagi tu la Sir yang tak glamer tu. - Sir M
Nak bergambar beramai2 tapi pakat2 xnak terkena matahari.. Sudahnya muka tak nampak clear la... Apa pun.. semoga ada lagi kem seumpama ini...
Akhirnya bas tiba jam 2.10 petang dan terus bergerak menuju ke SKBN dan tiba hampir 3.00 petang di SKBN..
No comments:
Post a Comment