;

Saturday, March 5, 2011

Mari meletihkan admin blog SKBN

Mulai hari ini admin blog SKBN ini menamakan diri admin sebagai BN (bukan Barisan Nasional ye, no politics here). Jadi BN nak citer la sepanjang 2 hari cuti sekolah hujung minggu ni BN buat apa. Mula-mula kalo pengunjung perasan, BN telah meng-publish-kan 6 blog serentak pada hari ini. Tapi ada 3 mempunyai tarikh yang berbeza dengan 3 blog yang terakhir (tidak termasuk blog yang ini). BN nak cerita la ni, minggu lepas je boleh dikatakan hampir setiap hari ada event kat sekolah. Tak percaya??? Ada 2 event yang terakhir BN tak sempat nak upload dan create n3 sebab hari ni saja BN duk depan pc ngadap desktop ni menghaplod gambar-gambar yang perlu sebagai penyeri blog SKBN ni.

Event yang berlangsung sepanjang minggu

Ahad - 27 Feb 2011 - Majlis Persaraan Ustazah Hajah Sepiah

Isnin - 28 Feb 2011 - Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Majlis Perpisahan dan Persaraan di Primula Beach Hotel

Selasa - 1 Mac 2011 - Pertandingan Mendeklamasikan Sajak sempena kempen bulan anti dadah (entry ini belum dimuat naik lagi)

Rabu - 2 Mac 2011 - Tiada event yang menarik

Khamis - 3 Mac 2011 - Musabaqah Tilawah Al-Quran peringkat sekolah (juga belum create lagi)

Jadi kesimpulannya minggu ini memang banyak event yang berlaku di SKBN tetapi BN tak sempat nak mewar-warkan kepada semua memandangakn kesuntukan masa. Jadi insyaallah 2 entries lagi akan BN cuba segerakan untuk tatapan umum.

Jadi sekiranya ada tersilap bicara, BN ingin memohon ampun dan maaf, kerana mungkin entry kali ini agak tidak formal. Sekian..

Yang benar

BN
(admin blog skbn-ktrg)

No comments:

Cuaca


For more widgets please visit www.yourminis.com