;

Tuesday, March 1, 2011

Kem Anjung Ilmu Tahun 6 (Hari 2)


Seawal 5.30 pagi lagi para pelajar mula mempersiapkan diri untuk Subuh secara berjamaah. Alhamdulillah malam pertama berjaya dilalui tanpa ada sebarang iklan yang tidak dikehendaki (walaupun sebenarnya ada). Usai solat Subuh, aktiviti Malaysia Cergas telah diambil alih seorang guru yang hanya dikenali sebagai 'Sir M' sahaja. Mungkin nama itu tak glamer atau lebih mengglamerkan beliau. Malaysia cergas di pagi hari telah membangkitkan semangat pelajar2 dengan mempelajari tarian poco-poco. Meskipun ada sedikit masalah teknikal iaitu radio yang dibawa tidak berfungsi, mujurlah ada plan B dan tarian poco-poco berjaya dilaksanakan tanpa was-was.

Usai selesai ber'poco-poca'an, tentulah nom..nom.... time. Harap maaf kerana tiada gambar semasa 'ritual' ber poco-poco an. Ini kerana tiada juru foto yang available masa tuh. Sarapan pagi yang enak dan lazat. Bread toast ngan bihun goreng.

Penceramah yang pertama datangnya dari APMT sendiri membawakan ceramah yang banyak berkisarkan semangat patriotik di dalam diri.

Sepanjang ceramah berlangsung - biarlah gambar yang bercerita....







Slot petang pula adalah Latihan dalam Kumpulan. Pelajar2 diberi peluang untuk menghasilkan sendiri matlamat dan cita-cita dalam bentuk yang mudah untuk dibentangkan.



Selesai solat Asar, aktiviti riadah petang diambil alih oleh 'sir' yang tak glamer itu sekali lagi. Kali ini beliau dibantu oleh Cikgu Zamli dan Ustaz Muda, mengendalikan satu pertandingan berbentuk boling pantai. Setiap pelajar dibahagikan kepada lelaki dan perempuan, dan setiap kumpulan dibahagikan pula kepada 4 kumpulan kecil.



Pengelola Kem Anjung Ilmu, Ustazah Azyan Aminah, Teacher Nurul Izza, dan Puan Zaitom Hassan-GPK 1.

Guru Matematik Tahun 6 - Cikgu Nasri


Peserta Kem Anjung Ilmu SKBN 2011 - 47 orang murid.

Slot Malam.......

Satu slot telah diberikan kepada Mantan Guru Besar SKBN (yang kini berkhidmat di Sk Bukit Petiti) Tn Haji Aslai Abd Rahman. Beliau sanggup turun padang semata-mata ingin bersama-sama meraikan aktiviti yang julung-julung kali diadakan seumpama ini. Seperti biasa, beliau memainkan beberapa lagu yang mampu meruntunkan jiwa para pelajar seperti Ayah dan Ibu nyanyian Allahyarham Sudirman.




Malam kedua akhirnya berakhir...

No comments:

Cuaca


For more widgets please visit www.yourminis.com