;

Thursday, March 10, 2011

Perhimpunan Yang Lebih Panjang dari biasa

Ahad, 6 March 2011, macam biasa adalah hari bekerja di negeri Terengganu. Macam biasa juga perhimpunan mingguan diadakan seperti minggu2 yang sudah.

Majlis dimulakan dengan pembukaan oleh pengerusi majlis, diikuti dengan nyayian lagu Negaraku, Selamat Sultan, dan Maju Berdikari (lagu sekolah). Selepas itu diikuti dengan ikrar pelajar.

Minggu ini guru yang bertugas ialah Madam Rozifah. Sepanjang perhimpunan berlangsung, beberapa acara penyampaian hadiah telah disampaikan sempena majlis2 yang telah diadakan pada minggu lepas.

Majlis yang pertama ialah Musabaqah dan Tilawah Al-Quran peringkat sekolah. Hadiah2 telah disampaikan oleh Tuan Haji Mat Salleh bin Abd Wahab, guru besar SKBN.


Majlis Seterusnya ialah penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan sempena bulan anti dadah 2011. Antara pertandingan yang telah dijalankan ialah pertandingan melukis poster bertemakan anti dadah. Dan juga pertandingan mendeklamasikan sajak seperti yang telah diwarwarkan pada n3 yang lalu.

Nama-nama pemenang telah diumumkan oleh Penyelaras PPDa sendiri iaitu cikgu Zamli b Musa.


Johan pertandingan mendeklamasikan sajak telah diminta untuk mendeklamasikan semula sajak yang telah membawa tuah kepada beliau. Muhammad Arif Azizan bin Mohd Aziz

Pada hujung majlis perhimpunan sebelum ucapan dari guru besar, satu lagi persembahan action song dari pelajar tahun 2 Al Farabi di bawah bimbingan guru pelatih dari maktab -Teacher Halimah dan Teacher Hajar. Lagu yang mereka sampaikan ialah Baa Baa Black Sheep..

Perhimpunan berakhir jam 8.45pagi, satu rekod perhimpunan yang agak panjang.

No comments:

Cuaca


For more widgets please visit www.yourminis.com