;

Sunday, July 3, 2011

Rehlah Tahun 6 2011


Seramai 42 orang terdiri dari kalangan pelajar-pelajar tahun 6 telah mengikuti satu rombongan ke Perak. Perjalanan telah bermula pada malam 23 Jun 2011 (Khamis).

Tujuan rehlah ini diadakan adalah untuk melegakan tekanan yang dihadapi oleh para pelajar yang selama ini bertungkus lumus dengan ujian dan pelbagai lagi kelas tambahan sebelum berhadapan dengan UPSR yang sebenar.


Belakang dari kiri : Cikgu Halim, GB Haji Mat Salleh, Teacher Nurul, Adib, Atiq, Izzhadi, Syahmi, Fida'iy, Asyraf, Lukman, Akram, Amirul, Zulhamizan, Teacher Norizan, Pn Zaitom (PK 1), Sir M, Saufi, dan Ust Azyan

Duduk dari kiri : Aisyah Maisarah, Najihah, Athirah (berpaling) Nurin Adlina (anak cikgu Halim - bertudung hitam) Akilah Mat Jaini (tudung merah), Aqilah Razali (tudung ungu) Ain Syahirah, Syarifah Raihana, Nurin Safiyya (depan tudung merah-anak cikgu Halim), Syahira Syazwana, Fatin Elissya, Afiza, Nathassa, Nabila, Wan Nazirah, Mariani, Nor Syahira, Ainur Anis, Ummi, dan Siti Nur Ain.

Dalam perjalanan malam..

Berhenti di RnR untuk solat Subuh dan membasuh muka.

Kejadian yang tidak disangka-sangka berlaku. Kabel power stereng telah pecah sewaktu bas ingin melakukan pusingan U. Kejadian berlaku di depan masjid Taiping. Hampir dua jam terkandas di sini sementara menunggu bas dibaiki semula
Kerosakan kabel power stereng telah berjaya dibaiki

Perjalanan diteruskan ke Bukit Merah. Rancangan asal untuk ke Zoo Taiping terpaksa dibatalkan kerana masa telah banyak dihabiskan semasa membaiki bas.

Tepat 1130 pagi, kami tiba di Bukit Merah Laketown Water Park. Memandangkan waterpark hanya dibuka selepas jam 1200, kami semua mengambil kesempatan melawat Ecopark.



Berbagai ragam dapat dilihat pada setiap wajah. Kami semua bermalam di Ipoh dan pada hari ke3, dalam perjalanan pulang, kami telah singgah ke Cameron Highlands. Perjalanan pulang melalui Gua Musang dan selamat tiba di SKBN pada pukul 3.30 pagi.


Saturday, July 2, 2011

Majlis Temu Murni SKBN 2011


Bertempat di kantin sekolah Kebangsaan Bukit Nanas, pada 21 June 2011 yang lalu telah diadakan majlis temu murni. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan lagi persaudaraan di antara ibu bapa kepada pelajar-pelajar SKBN dengan kakitangan SKBN terutamanya para pendidik.

Kat sesetengah tempat dipanggil HARI TERBUKA, dan ada juga dipanggil HARI BERTEMU PELANGGAN, tapi SKBN menamakan hari TEMU MURNI.


Majlis temu murni telah diserikan dengan kehadiran Tn Pengarah APMT iaitu Tn Haji Roshali bin Taha sebagai perasmi majlis kali ini. Ucapan beliau juga mengingatkan supaya kehadiran ibubapa akan membuatkan anak2 akan lebih gembira semasa menerima kad laporan.




Selepas ucapan perasmian, SKBN juga mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada pelajar2 yang mendapat tempat pertama, kedua dan ketiga untuk OTI 2 yang lalu. Hadiah telah disampaikan oleh Tn Haji Roshali

Penyampaian cendera mata kepada Tn Haji Roshali daripada Guru Besar SKBN Tn Haji Mat Salleh Abd Wahab.

Sebaik majlis perasmian berakhir, para ibu bapa mula menuju ke kelas anak masing2 untuk bertemu dengan guru kelas anak masing2.

Thursday, June 23, 2011

Kawad Kebakaran / Fire Drill

Rabu
15 Jun 2011


Hari itu hari Rabu yang tenang.. Matapelajaran pertama, kedua dan ketiga dilalui tanpa sebarang syak wasangka. Tiba-tiba.....Kling kling kling...eh tu bunyi loceng ais krim.. Bunyi siren panjang telah diaktifkan... Maka bebudak hanya sengih dan berkata - kena turun la...loceng kebakaran berbunyi ni..




Semua pelajar berkumpul di padang. Dan sedikit taklimat dari guru yang bertanggungjawab mengadakan fire drill memberi ulasan. Kawad kali ini tidak menjadi kerana ramai pelajar yang sedia maklum aktiviti hari ni. Jadi mereka lebih senang berlenggang kangkung seolah-olah tiada kebakaran yang berlaku (memang tiada pun).

Jadi kesimpulan yang akan dibuat ialah pihak sekolah akan mengadakan sekali lagi kawad kebakaran dan kali ini akan disulitkan tarikhnya....

Tuesday, June 21, 2011

Kem Kepimpinan Pengawas SKBN 2011 (Pulau Redang)


Pada 16 Mei 2011 (sehari selepas sambutan hari guru) SKBN telah mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber bagi sesi 2011 bertempat di Pulau Redang. Seramai 39 orang murid terdiri dari tahun 3, 4, 5 dan 6 telah menyertai program ini.


Juga seramai 9 orang guru pengiring termasuk jemputan khas mantan guru besar SKBN Tn Haji Aslai bin Abdul Rahman. Antara guru-guru pengiring lain yang terlibat ialah belakang dari kiri - Ustaz Muda , Tn Haji Aslai (mantan guru besar SKBN), Cikgu Mohd Zamli, Cikgu Halim, Ustaz Mustaffa Bakari, Sir M dan Cikgu Ahmad bin Maska (PK KO). Depan dari kiri - Cik Nurul Izza dan Ustazah Azyan.

Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam. Feri berlepas dari jeti Shahbandar jam 10.00 pagi dan selamat tiba di jeti pulau dalam jam 12.00 tengahari.

Sebaik sahaja sampai para pelajar dan guru hanya berjalan kaki menuju ke Pusat Kokurikulum Pulau Redang yang hanya 500 meter dari jeti.

Aktiviti pertama - Water Confident


Para pelajar telah dibawa ke satu teluk yang dinamakan Teluk Dalam untuk membiasakan diri menggunakan BA (Buoyancy Aids) serta keyakinan mengapungkan diri di dalam air. Seramai 3 orang jurulatih pakar telah diberi mandat untuk membuatkan para pelajar yakin untuk berenang. Pelajar yang seramai 39 orang telah dibawa dengan menaiki lori manakala para guru dengan menaiki van.

Memanaskan badan.




Malamnya pula berlangsung sesi taklimat dan juga ice-breaking tentang kem. Juga diberi pengenalan tentang alatan berenang seperti mask, j-tube dan juga BA (buoyancy Aids). Ini adalah kerana keesokan hari para pelajar dan guru akan melakukan snorkeling di Taman Laut.

Penerangan taklimat oleh Ketua Kem - Cikgu Halim

Penerangan tentang alatan renang oleh jurulatih - Cikgu Marzuki


Hari ke-2. Pagi yang tenang dan damai telah menggamit semua pelajar untuk bersiap2 melakukan aktiviti istiadat pagi seperti menyanyikan lagu Negaraku dan senaman pagi. Semua acara telah dilaksanakan dengan sebaiknya kerana para pelajar sangat memberi kerjasama yang diinginkan.



Persediaan ke Taman Laut.











Pulau Paku


BBQ Ayam dan Ikan


Persembahan Pelajar dan Post Mortem


Hari terakhir

Tiada lagi aktiviti air, sementara menantikan feri. para pelajar telah di bawa ke hutan paya bakau untuk melihat sendiri bagai mana rupa paya bakau itu.


Menurut jurulatih, selut atau lumpur dari paya bakau bagus untuk kulit dan sesuai dijadikan bedak sejuk amalan dahulukala..

Apa??? Baik untuk kulit????

Terus sapu selut ke muka
Tidak ketinggalan yang dah kulit cantik pun nak sapu jugak

Excited pulak budak nih




Selepas makan tengahari, sementara menanti ketibaan feri, sekali lagi kami bergambar kenangan di hadapan Pusat Ko Pulau Redang. Kerana ini lah pengalaman yang sangat manis buat kami.



Tulang belakang aktiviti kali ini - Ustazah Nor Azyan dan pembantu beliau - Teacher Nurul

Cuaca


For more widgets please visit www.yourminis.com