;

Sunday, March 28, 2010

Kem Motivasi Kepimpinan Pengawas




Kem Motivasi Kepimpinan Pengawas Sekolah & Pengawas Pusat Sumber SKBN, telah diadakan pada 25 - 27 Mac 2010, Khamis - Jumaat, 8.00pagi - 5.00 petang. Perasmian pembukaan telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar SKBN, Haji Aslai bin Abdul Rahman pada jam 2.45 petang hari Khamis. Manakala penutup oleh Penolong Kanan HEM, Puan Hajjah Azizah Embong. Sepanjang tiga hari program berjalan, pelbagai pengisian ilmiah dimasukkan untuk meningkatkan motivasi dikalangan pengawas-pengawas ini. Antaranya ucapan motivasi daripada guru besar, ceramah keselamatan daripada Jabatan Pertahanan Awam (JPA) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), ceramah agama oleh Ustaz Yusof dari Jabatan Agama Daerah Marang dan Latihan Dalam Kumpulan (LDK)yang dikendalikan oleh fasilitatot-fasilitator yang berpengalaman.

Thursday, February 25, 2010

Rasulullah SAW : Rahmat 1Alam

12 Rabiul Awal setiap tahun kita menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dengan pelbagai kata-kata pujian kepada Rasulullah dan dengan penuh syukur kepada Allah s.w.t atas kurniaan rahmat yang tidak diberikan kepada umat lain. Apa yang lebih penting adalah supaya kita bukan sahaja memperingati kelahiran baginda tetapi mengikuti segala ajaran dan sunnah yang dibawa oleh Rasulullah saw. Bahkan amat malang bagi kita sekiranya kita menyambut kelahiran baginda pada hari ini tetapi kita menentang ajaran dan sunnah yang dibawa oleh Rasulullah saw.
Seterusnya...klik

Tuesday, February 23, 2010

Warna Warni Sukan Tahunan 2010





Sukan Tahunan Sekolah telah berlangsung selama dua hari bermula semalam dan berakhir jam 6 petang tadi. Warna warni kemeriahan temasya sukan kali ini sempat dirakam untk kenangan.




Sunday, February 14, 2010

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rabiul Awal

Ada banyak peristiwa penting yang telah dicatatkan oleh sejarah jatuh bangunnya tamadun Islam di dalam bulan Rabiulawal ini dan diantaranya ialah;

1. Kelahiran junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Mengikut sumber-sumber mengatakan bahawa nabi lahir pada 12 Rabiul Awwal tahun gajah bersamaan 23 April 571M. Ini adalah sumber yang masyhur dan menjadi amalan umat Islam di Malaysia mengadakan sambutan Maulidurrasul pada 12 Rabiul Awwal di setiap tahun sehinggalah sekarang. Walau bagaimanapun ada sumber yang lain mengatakan bahawa nabi lahir pada 9 Rabiul Awwal tahun Gajah. Perbezaan pendapat ini akan disentuh lebih lanjut di bahagian Maulidur Rasul.

2. Perlantikan Nabi menjadi Rasul. Dibulan Rabiulawal inilah Nabi saw diangkat menjadi Rasul. Ketika ini Nabi saw berumur 40 tahun. Maka dengan ini bermulah dakwah baginda secara rasmi di Makkah al-Mukarramah.

3. Hijrah Tarikh hijrah adalah tarikh tibanya Rasulullah di Madinah al-Munawwarah pada ketika itu di sebut Yatsrib. Rasulullah sampai di Quba' pada hari Isnin 8 Rabiulawal dan Baginda sampai di Kota Madinah pada hari Jumaat 12 Rabiulawal dan Baginda menunaikan solat Jumaat yang pertama.

4. Peperangan Banyak peperangan yang telah terjadi pada zaman Rasulullah saw diantara tentera Islam dan tentera kuffar. Diantara peperangan yang berlaku di bulan Rabiulawal ialah peperangan Safwan (Badar pertama), Bawat, Zi Amar (Ghatfan), Bani An-Nadhir, Daumatul Jandal dan peperangan Bani Lahyan.

5. Wafatnya junjungan besar kita, Muhammad Rasulullah saw. Rasulullah telah wafat pada hari Isnin 12 Rabiulawal 11H bersamaan 7 Jun 632M. Baginda wafat di rumah isterinya Aisyah ra dan dikebumikan di Madinah al-Munawwarah.

6. Abu Bakar ra. menjadi khalifah Pada hari Rasulullah wafat, para sahabat tidak mahu menangguh urusan pentadbiran kerajaan dan segera membai'ah saidina Abu Bakar ra di Dewan Bani Sa'idah. Ini adalah kerana urusan pentadbiran negara tidak boleh terhenti walau seketika dan ia adalah nadi sesebuah kerajaan. Sebahagian sahabat pula menguruskan pengkebumian jenazah Rasulullah saw yang diketuai oleh Saidina Ali ra Ahli Bait Rasulullah saw.

7. Pembukaan Iraq Tentera Islam yang dipimpin oleh Khalid Ibni Walid ra telah memasuki Iraq dan bermulalah pemerintahan Islam di bumi Iraq di zaman saidina Abu Bakar ra.

8. Pembukaan Baitul Muqaddis Salahuddin al-Ayubi telah memimpin tentera Islam menewaskan tentera Salib dan seterusnya membuka pintu bagi pembukaan Baitul Muqaddis pada tahun 583 H.

9. Kejatuhan Empayar kerajaan Islam Sepanyol Kubu terakhir tentera Islam di Andalusia telah ditumbangkan oleh tentera Sepanyol yang dipimpin oleh Ferdinando dan Isabella pada tahun 897H. Bermulalah kemusnahan tempat-tempat bersejarah warisan umat Islam, masjid-masjid ditukar menjadi gereja dan muzium dan tiada lagi suara azan di negara tersebut.

Friday, January 22, 2010

Merentas Desa









Larian cergas merentas desa tahun ini bermula dengan cuaca yang baik, walaupun paginya hujan tetapi hanya seketika. Acara ini dapat dijalankan dengan jayanya dalam semua katagori yang dipertandingkan. Bermula pada jam 8.30 pagi dengan melepaskan peserta bagi tahun 1&2 yang melalui jalan paling singkat kemudian diikuti peserta tahun3&4, seterusnya peserta tahun 5&6 yang merentasi jalan paling jauh.
Majlis penyampaian hadiah diadakan sejurus selepas peserta-peserta menikmati jamuan ringan. Secara keseluruhan, pertandingan merentas desa kali ini dimenangi oleh Rumah Hijau.

Sunday, January 17, 2010

Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah





Perhimpunan Mingguan, minggu ketiga - Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah diberikan Watikah Pelantikan oleh Puan Zaitom binti Hassan, Penolong Kanan Kurikulum. Dengan penyampaian Watikah Pelantikan ini, maka secara rasmi mereka dilantik sebagai Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Semoga mereka dapat melaksanakan amanah dengan sebaik mungkin.

*Pengawas Sekolah berpakaian biru dan Pengawas Pusat Sumber berpakaian merah jambu.

Cuaca


For more widgets please visit www.yourminis.com