Larian cergas merentas desa tahun ini bermula dengan cuaca yang baik, walaupun paginya hujan tetapi hanya seketika. Acara ini dapat dijalankan dengan jayanya dalam semua katagori yang dipertandingkan. Bermula pada jam 8.30 pagi dengan melepaskan peserta bagi tahun 1&2 yang melalui jalan paling singkat kemudian diikuti peserta tahun3&4, seterusnya peserta tahun 5&6 yang merentasi jalan paling jauh. Majlis penyampaian hadiah diadakan sejurus selepas peserta-peserta menikmati jamuan ringan. Secara keseluruhan, pertandingan merentas desa kali ini dimenangi oleh Rumah Hijau.
No comments:
Post a Comment