;

Friday, January 22, 2010

Merentas Desa









Larian cergas merentas desa tahun ini bermula dengan cuaca yang baik, walaupun paginya hujan tetapi hanya seketika. Acara ini dapat dijalankan dengan jayanya dalam semua katagori yang dipertandingkan. Bermula pada jam 8.30 pagi dengan melepaskan peserta bagi tahun 1&2 yang melalui jalan paling singkat kemudian diikuti peserta tahun3&4, seterusnya peserta tahun 5&6 yang merentasi jalan paling jauh.
Majlis penyampaian hadiah diadakan sejurus selepas peserta-peserta menikmati jamuan ringan. Secara keseluruhan, pertandingan merentas desa kali ini dimenangi oleh Rumah Hijau.

Sunday, January 17, 2010

Penyampaian Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah





Perhimpunan Mingguan, minggu ketiga - Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah telah diberikan Watikah Pelantikan oleh Puan Zaitom binti Hassan, Penolong Kanan Kurikulum. Dengan penyampaian Watikah Pelantikan ini, maka secara rasmi mereka dilantik sebagai Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Semoga mereka dapat melaksanakan amanah dengan sebaik mungkin.

*Pengawas Sekolah berpakaian biru dan Pengawas Pusat Sumber berpakaian merah jambu.

Thursday, January 14, 2010

Awal Tahun






12 Januari 2010 bersamaan 26 Muharram 1431H - Walaupun telah berada di akhir bulan Muharram tetapi kita tetap mengadakan sambutan maal hijrah kerana peristiwa hijrah ini sangat besar pengertiannya kepada umat Islam. Jesteru sidikit kesempatan yang ada ini kita rebut untuk memberikan sedikit ilmu dan kesedaran kepada murid betapa pengorbanan Rasulullah saw dan para sahabat baginda terlalu besar dan tinggi nilainya. Kesannya kita masih dapat rasakan pada hari ini yang kita tergolong dikalangan mereka yang diberi nikmat Islam dan Iman. Para sahabat Baginda sanggup meninggalkan tanah air,segala harta,sanak saudara malah sanggup mempertaruhkan nyawa demi menegakkan Islam. Begitulah hebatnya mereka yang berada di sekeliling Rusulullah saw memperjuangkan Islam dan nilai inilah yang kita mahu tanamkan ke dalam jiwa anak-anak kita.

Thursday, November 26, 2009

Pusat Pemindahan Banjir

Rumah Cikgu Zainon dan Kedai Roti Canai

Jalan depan rumah Cikgu Zainon( hari kedua)

Setelah boleh dilalui (hari kedua)

Jalan di Kampung Padang Hangus

Pak Harun berbasikal meredah banjir


Musim tengkujuh yang melanda Terengganu dan beberapa negeri lain telah menyebabkan berlakunya banjir di beberapa kawasan yang rendah. Tidak terkecuali kampung berhampiran SKBN juga mengalami nasib yang sama. SKBN telah menjadi pusat penempatan mangsa banjir bagi penduduk sekitar terutama dari Kampung Padang Hangus. Seramai lebih seratus mangsa banjir berada di sini untuk beberapa hari kerana rumah mereka digenangi air.

Thursday, November 19, 2009

Jamuan Perpisahan dan Akhir Tahun







Sesi persekolahan bagi tahun 2009 telah pun berakhir hari ini. Satu majlis ringkas akhir tahun sempat diadakan tengah hari tadi di kantin SKBN. Majlis ini juga adalah bersempena meraikan dua orang guru yang akan bertukar ke sekolah baru iaitu Cikgu Rani bin Sulong yang telah pun bertukar ke SK Kedai Buluh dan Cikgu Rohaya binti Mohamad yang akan bertukar ke negeri suaminya di Johor.
Kepada semua warga pendidik dan anak-anak didik kami ucapkan "SELAMAT BERCUTI"

Keputusan UPSR




Debaran menanti keputusan UPSR kini berakhir. Daripada jumlah calon UPSR seramai 63 orang murid, hanya 6 orang yang berjaya mendapat 5A. Pihak SKBN mengucapkan tahniah kepada murid yang berjaya mendapat 5A dan semua yang berjaya. Jumlah yang mendapat 5A tahun ini merunun berbanding tahun lepas iaitu seramai 16 orang. Walaubagaimanapun kita tetap bersyukur atas kejayaan ini dan ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat mendidik dan mengajar mereka tanpa jemu. Penat lelah mereka sangat-sangat dihargai. Tahniah kepada guru-guru, ibu bapa serta individu-individu yang sentiasa berusaha dan mendoakan kejayaan SKBN. Moga SKBN akan beroleh kejayaan yang lebih gemilang.

Jamuan Akhir Tahun Pengawas




Cuaca


For more widgets please visit www.yourminis.com