;

Thursday, April 16, 2009

Cikgu Maktab

SKBN mengucapkan selamat maju jaya kepada empat orang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato' Razali Ismail yang baru sahaja menghabiskan praktikal hari ini (Khamis, 16 April 2009). SKBN juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka kerana telah banyak membantu guru-guru melaksanakan pelbagai aktiviti sekolah. Jasa dan budi baik anda sekelian akan diingat selalu.
1)Mohd Shahril Izwan Mustafa
2)Mohd Khairul Zamani Mohamad
3)Nuramira Anilla Che Asri (Nomy)
4)Noraini Yazib
Terima kasih juga jamuan pagi tadi; bihun goreng, keropok dan puding. Sedap. Zamani tu tukang masak yang sangat berbakat. Bolehlah kalau nak buat tempahan lepas ni. Good luck.

Wednesday, April 15, 2009

Minggu Bahasa Melayu

SELASA,14 April - Sempena Minggu Bahasa Melayu, Persatuan Bahaasa Melayu telah menganjurkan Pertandingan Syarahan dan Sajak peringkat sekolah. Program ini telah berlangsung bermula jam 3 petang dan ianya diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam syarahan dan sajak bagi mewakili sekolah ke peringkat zon. Peserta yang mewakili rumah masing-masing telah menunjukkan kebolehan mereka yang terpendam selama ini.

Friday, April 10, 2009

Bola Sepak : SKBN Mantop



Sekalung tahniah diucapkan kepada Pasukan Bola Sepak SKBN yang mewakili zon D kerana telah berjaya merangkul juara peringkat Kuala Terengganu Utara. Perlawan akhir yang berlangsung jam 5 petang semalam menyaksikan perlawanan sengit antara SKBN dan tuan rumah iaitu SK Bukit Tunggal. Walaubagaimanapun, SKBN berjaya menumpaskan lawannya dengan keputusan 5-4 setelah tendangan penalti dilakukan.
Syabas dan tahniah juga buat pengurus pasukan Cikgu Nasri bin Mohamad yang bekerja keras bagi memastikan pasukan SKBN mendapat kemenangan ini. Juga kepada semua guru yang terlibat memberikan sokongan kepada pasukan ini.

Thursday, April 9, 2009

Majlis Perpisahan SKBN 2008





"Setiap yang bermula pasti ada akhirnya" Begitulah hidup kita ini sebagai pendidik, setelah diamanahkah bertugas mengajar di sesebuah sekolah, pasti akan tiba masa untuk bertukar ke sekolah lain. Kita tidak akan kekal di sebuah sekolah sahaja sehingga pencen. Masa untuk merasa suasana baru di tempat lain akan dirasa juga.
Baru sebentar tadi berlangsung Majlis Perpisahan SKBN bagi mengenang jasa yang telah dicurahkan oleh guru-guru yang telah bertukar ke Sekolah lain. Majlis ini diadakan di Sumai Hotel ( berhampiran Primula Park Royal )bermula jam 2 petang. Ketiga-tiga guru yang diraikan itu hadir dan telah memberi ucapan kepada sahabat-sahabat di SKBN.
Tiga guru yang dimaksudkan ialah:
1) Puan Nor Zaitulakma binti Mad Yunus (SK Bukit Tunggal)
2) Puan Khadijah binti Abdul Rahman (SK Bukit Wan)
3) Puan Asmalaini binti Asli (SK Gong Badak)
Guru Besar dalam ucapannya juga mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana telah banyak jasa yang mereka taburkan sepanjang mereka berkhidmat di SKBN. Sebagai tanda kenang-kenangan, Kelab Kebajikan Guru SKBN telah menyampaikan sedikit cenderahati untuk mereka. Cenderahati disampaikan oleh Tuan Guru Besar.

Saturday, April 4, 2009

Wahdah Pemangkin Khaira Ummah




Alhamdulillah, Sambutan Maulidur Rasul yang dirancang berjaya diadakan pada 6 Rabiul Akhir 1430 bersamaan 2 April 2009 hari Khamis.Walaupun sambutan diadakan agak lewat berbanding kebiasaan, namun ianya tetap disambut meriah dengan mengadakan perarakan bermula dari SKBN ke Masjid Kampung Tepoh.
Perarakan yang diketuai oleh Ustaz Muda bin Che Ismail itu tiba di masjid jam 8.45 pagi mengambil masa kira-kira 20 minit dari SKBN. Perarakan ini disambut oleh Tuan Imam dan Ahli-ahli Jawatankuasa Masjid dengan penuh gembira. Sebelum pelpagai kuih muih dijamukan, murid-murid dihidangkan dahulu dengan makanan rohani iaitu tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Imam. Kami amat-amat berterima kasih kepada pihak masjid yang sanggup menerima kunjungan kami ini.Kemudian kami bergerak pulang ke SKBN walaupun cuaca kadang-kala hujan. Selepas perarakan pulang, murid-murid disediakan juga sedikit jamuan bagi menghilangkan letih perjalanan.
Setelah rehat, pertandingan kuiz pula diadakan bagi menguji pengetahuan murid tentang Sirah Rasulullah dan Fardu Ain. Tiga orang peserta mewakili setiap rumah masing-masing bagi menyaingi pertandingan ini.
Acara sambutan berakhir dengan selawat beramai-ramai serta bersalam-salaman antara guru dan murid.

Bola Sepak : SKBN Juara Zon


Friday, April 3, 2009

TAHNIAH Perdana Menteri Malaysia Keenam


Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam pada pukul 10.12 pagi tadi menggantikan Dato' Seri Abdullah Ahmad badawi yang melepaskan jawatan selepas lebih 5 tahun mentadbir negara. Bekas Perdana Menteri dan isteri kini bergelar Tun. Ingatlah, Nabi s.a.w menyebut di dalam hadis sohih Al-Bukhari dan Muslim :
كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته
Bermaksud :"Setiap kamu adalah penjaga (pemimpin) dan bertanggungjawab ke atas apa yang dijaganya.."

Cuaca


For more widgets please visit www.yourminis.com