;

Thursday, April 9, 2009

Majlis Perpisahan SKBN 2008





"Setiap yang bermula pasti ada akhirnya" Begitulah hidup kita ini sebagai pendidik, setelah diamanahkah bertugas mengajar di sesebuah sekolah, pasti akan tiba masa untuk bertukar ke sekolah lain. Kita tidak akan kekal di sebuah sekolah sahaja sehingga pencen. Masa untuk merasa suasana baru di tempat lain akan dirasa juga.
Baru sebentar tadi berlangsung Majlis Perpisahan SKBN bagi mengenang jasa yang telah dicurahkan oleh guru-guru yang telah bertukar ke Sekolah lain. Majlis ini diadakan di Sumai Hotel ( berhampiran Primula Park Royal )bermula jam 2 petang. Ketiga-tiga guru yang diraikan itu hadir dan telah memberi ucapan kepada sahabat-sahabat di SKBN.
Tiga guru yang dimaksudkan ialah:
1) Puan Nor Zaitulakma binti Mad Yunus (SK Bukit Tunggal)
2) Puan Khadijah binti Abdul Rahman (SK Bukit Wan)
3) Puan Asmalaini binti Asli (SK Gong Badak)
Guru Besar dalam ucapannya juga mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana telah banyak jasa yang mereka taburkan sepanjang mereka berkhidmat di SKBN. Sebagai tanda kenang-kenangan, Kelab Kebajikan Guru SKBN telah menyampaikan sedikit cenderahati untuk mereka. Cenderahati disampaikan oleh Tuan Guru Besar.

Saturday, April 4, 2009

Wahdah Pemangkin Khaira Ummah




Alhamdulillah, Sambutan Maulidur Rasul yang dirancang berjaya diadakan pada 6 Rabiul Akhir 1430 bersamaan 2 April 2009 hari Khamis.Walaupun sambutan diadakan agak lewat berbanding kebiasaan, namun ianya tetap disambut meriah dengan mengadakan perarakan bermula dari SKBN ke Masjid Kampung Tepoh.
Perarakan yang diketuai oleh Ustaz Muda bin Che Ismail itu tiba di masjid jam 8.45 pagi mengambil masa kira-kira 20 minit dari SKBN. Perarakan ini disambut oleh Tuan Imam dan Ahli-ahli Jawatankuasa Masjid dengan penuh gembira. Sebelum pelpagai kuih muih dijamukan, murid-murid dihidangkan dahulu dengan makanan rohani iaitu tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Imam. Kami amat-amat berterima kasih kepada pihak masjid yang sanggup menerima kunjungan kami ini.Kemudian kami bergerak pulang ke SKBN walaupun cuaca kadang-kala hujan. Selepas perarakan pulang, murid-murid disediakan juga sedikit jamuan bagi menghilangkan letih perjalanan.
Setelah rehat, pertandingan kuiz pula diadakan bagi menguji pengetahuan murid tentang Sirah Rasulullah dan Fardu Ain. Tiga orang peserta mewakili setiap rumah masing-masing bagi menyaingi pertandingan ini.
Acara sambutan berakhir dengan selawat beramai-ramai serta bersalam-salaman antara guru dan murid.

Bola Sepak : SKBN Juara Zon


Friday, April 3, 2009

TAHNIAH Perdana Menteri Malaysia Keenam


Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia keenam pada pukul 10.12 pagi tadi menggantikan Dato' Seri Abdullah Ahmad badawi yang melepaskan jawatan selepas lebih 5 tahun mentadbir negara. Bekas Perdana Menteri dan isteri kini bergelar Tun. Ingatlah, Nabi s.a.w menyebut di dalam hadis sohih Al-Bukhari dan Muslim :
كلكم راع وكلكم مسئول عن رعيته
Bermaksud :"Setiap kamu adalah penjaga (pemimpin) dan bertanggungjawab ke atas apa yang dijaganya.."

Sunday, March 15, 2009

Selamat Pengantin Baru


Seluruh warga SKBN mengucapkan "Tahniah dan SELAMAT PENGANTIN BARU" kepada salah seorang tenaga pengajar kelas KKBP di SKBN iaitu Puan Rohaya binti Muhammad kerana selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya,Nor Azam bin Saiman. Majlis jamuan yang diadakan di Kampung Kubang Jela, Manir pada 15 Mac 2009 bersamaan 18 Rabiul Awwal 1430 berjalan lancar dan meriah walaupun cuaca hujan. Kami doakan semoga Allah satukan hati dua mempelai ini seperti disatukan hati Adam dan Hawa,Yusuf dan Zulaikha juga seperti Muhammad saw dan Khadijah. Dan semoga jodoh mereka berkekalan buat selama-lamanya hingga ke akhir hayat.Amin.

Tuesday, March 10, 2009

HARI SUKAN SKBN 2009






Hari sukan sekolah yang sepatutnya berlangsung pada 2 Mac 2009 terpaksa ditunda pada hari Khamis 5 Mac 2009 disebabkan cuaca yang tidak megizinkan. Walaubagaimanapun, program ini berlangsung dengan baik sebagaimana yang dirancang. Acara yang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad bin Maska, Guru penolong Kanan Kokurikulum menggantikan Tuan Guru Besar.

Cuaca


For more widgets please visit www.yourminis.com