;

Thursday, April 30, 2009

Latihan Memadam Kebakaran



30 April, SKBN dengan kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri Terengganu telah mengadakan latihan memadam kebakaran di sekolah bagi mendedahkan kepada guru dan murid perkara yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kebakaran. Langkah keselamatan juga penting bagi mencegah berlakunya kebakaran serta alat-alat yang diperlukan semasa kebakaran tersedia di tempat yang telah dikhaskan.
Program ini bermula jam 10.00 pagi dengan taklimat keselamatan yang telah disampaikan oleh Pegawai Bomba Kuala Terengganu. Setelah taklimat berakhir, murid-murid diarah memasuki kelas masing-masing sementara mendengar loceng kecemasan dibunyikan. Apabila loceng keselamatan dibunyikan, murid-murid terus keluar dari kelas menuju ke padang sekolah mengikut kelas masing-masing. Peranan guru kelas penting bagi memastikan jumlah murid mencukupi dan sekiranya kurang, ia perlu dilaporkan segera untuk tujuan menyelamat sekiranya terperangkap. Satu demontrasi memadam kebakaran ditunjukkan oleh pegawai bomba berkenaan dan beberapa orang guru serta murid turut mencuba melekukannya.

Pertandingan Koir Sekolah Rendah 2009

Pasukan Koir SKBN di bawah bimbingan Puan Rozifah Yaacob telah menyertai Pertandingan Koir Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Daerah bagi memilih pasukan yang akan mewakili Kuala Terengganu Utara dan Kuala Terengganu Selatan. Pertandingan ini telah diadakan :-

Tempat : Dewan Kokurikulum SK Bukit Losong
Tarikh : 29 April 2009
Hari : Rabu
Bermula : 10.00 pagi

Ahli Pasukan Koir SKBN seramai 24 orang murid telah mepersembahkan dua buah lagu iaitu Putra Putri dan Ketipong Payong. Tahniah kepada pasukan ini kerana telah berjaya menjadi naib johan dalam pertandingan tersebut. Walaubagaimanapun, pasukan ini tidak dapat mewakili Kuala Terengganu Utara ke peringkat negeri.
Terima kasih juga kepada jurulatih mereka dan semua yang terlibat. Tahniah.

Thursday, April 23, 2009

Kem Motivasi Cakna Bestari UPSR 2009

Kem ini diadakan khas bagi pelajar-pelajar tahun 6 yang bakal menghadapi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) menggabungkan dua buah sekolah iaitu :

SK BUKIT NANAS dan SK LKTP BELARA.

Tarikh : 23 hingga 25 April 2009
Hari : Khamis, Jumaat dan Sabtu
Tempat : Pusat Latihan Kemas Terengganu, Seberang Takir, Kuala Terengganu.
Perasmian Penutup : Tuan Haji Ghazali bin Mohamad ( Penolong Pengarah Unit Kurikulum Rendah, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu).

"Yakin Boleh 5A"
"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"

Mesyuarat Panitia Agama Islam

Mesyuarat Panitia Agama Islam SK Bukit Nanas telah diadakan pada :

Hari : Khamis
Tarikh : 23 April 2009
Masa : 12.45 petang
Tempat : Bilik guru

"Ke Arah Melahirkan Insan Bertaqwa"
"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"

Tuesday, April 21, 2009

Gotong royong Perkhemahan

Perkhemahan Badan Beruniform SKBN dijadualkan pada 14-16 Mei 2009. Sebagai persediaan untuk perkhemahan,diadakan gotong-royong membersihkan tapak perkhemahan bagi memudahkan kerja-kerja memasang khemah nanti. Tapak perkhemahan pada tahun ini sama seperti tahun-tahun sebelum ini, di atas sebuah bukit di dalam kawasan sekolah. Tempat yang sangat sesuai untuk dijadikan tapak perkhemahan. Cuma masalah sebelum ini, bila kita mengadakan perkhemahan, peserta tak dapat tidur di dalam khemah disebabkan hujan turun pada waktu malam. Kita doakan pada tahun ini agar cuaca sentiasa baik sepanjang hari perkhemahan.

Thursday, April 16, 2009

Cikgu Maktab

SKBN mengucapkan selamat maju jaya kepada empat orang guru pelatih dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato' Razali Ismail yang baru sahaja menghabiskan praktikal hari ini (Khamis, 16 April 2009). SKBN juga ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka kerana telah banyak membantu guru-guru melaksanakan pelbagai aktiviti sekolah. Jasa dan budi baik anda sekelian akan diingat selalu.
1)Mohd Shahril Izwan Mustafa
2)Mohd Khairul Zamani Mohamad
3)Nuramira Anilla Che Asri (Nomy)
4)Noraini Yazib
Terima kasih juga jamuan pagi tadi; bihun goreng, keropok dan puding. Sedap. Zamani tu tukang masak yang sangat berbakat. Bolehlah kalau nak buat tempahan lepas ni. Good luck.

Wednesday, April 15, 2009

Minggu Bahasa Melayu

SELASA,14 April - Sempena Minggu Bahasa Melayu, Persatuan Bahaasa Melayu telah menganjurkan Pertandingan Syarahan dan Sajak peringkat sekolah. Program ini telah berlangsung bermula jam 3 petang dan ianya diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam syarahan dan sajak bagi mewakili sekolah ke peringkat zon. Peserta yang mewakili rumah masing-masing telah menunjukkan kebolehan mereka yang terpendam selama ini.

Cuaca


For more widgets please visit www.yourminis.com