;

Sunday, March 15, 2009

Selamat Pengantin Baru


Seluruh warga SKBN mengucapkan "Tahniah dan SELAMAT PENGANTIN BARU" kepada salah seorang tenaga pengajar kelas KKBP di SKBN iaitu Puan Rohaya binti Muhammad kerana selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya,Nor Azam bin Saiman. Majlis jamuan yang diadakan di Kampung Kubang Jela, Manir pada 15 Mac 2009 bersamaan 18 Rabiul Awwal 1430 berjalan lancar dan meriah walaupun cuaca hujan. Kami doakan semoga Allah satukan hati dua mempelai ini seperti disatukan hati Adam dan Hawa,Yusuf dan Zulaikha juga seperti Muhammad saw dan Khadijah. Dan semoga jodoh mereka berkekalan buat selama-lamanya hingga ke akhir hayat.Amin.

Tuesday, March 10, 2009

HARI SUKAN SKBN 2009






Hari sukan sekolah yang sepatutnya berlangsung pada 2 Mac 2009 terpaksa ditunda pada hari Khamis 5 Mac 2009 disebabkan cuaca yang tidak megizinkan. Walaubagaimanapun, program ini berlangsung dengan baik sebagaimana yang dirancang. Acara yang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir jam 12.00 tengah hari dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad bin Maska, Guru penolong Kanan Kokurikulum menggantikan Tuan Guru Besar.

Tuesday, August 26, 2008

Program Waja Diri UPSR 2008


SKBN telah mengadakan program ini pada 4 - 6/6/08 adalah untuk memantapkan di dalam menghadapi UPSR.Sambutan yang amat baik daripada murid-murid serta sokongan ibu bapa menambahkan keyakinan pihak sekolah untuk mencapai matlamat kejayaan yang dirancang. Semoga program ini dapat diteruskan di masa mendatang.

Friday, August 22, 2008

MAJLIS PERPISAHAN GURU

Majlis perpisahan telah diadakan di Paradise Deluxe bagi meraikan Cikgu Nasri yang bertukar ke SK Bukit Guntung dan Cikgu Khairuddin ke SK Bukit Cempaka.

Cuaca


For more widgets please visit www.yourminis.com