;

Tuesday, June 21, 2011

Kem Kepimpinan Pengawas SKBN 2011 (Pulau Redang)


Pada 16 Mei 2011 (sehari selepas sambutan hari guru) SKBN telah mengadakan Kem Kepimpinan Pengawas dan Pengawas Pusat Sumber bagi sesi 2011 bertempat di Pulau Redang. Seramai 39 orang murid terdiri dari tahun 3, 4, 5 dan 6 telah menyertai program ini.


Juga seramai 9 orang guru pengiring termasuk jemputan khas mantan guru besar SKBN Tn Haji Aslai bin Abdul Rahman. Antara guru-guru pengiring lain yang terlibat ialah belakang dari kiri - Ustaz Muda , Tn Haji Aslai (mantan guru besar SKBN), Cikgu Mohd Zamli, Cikgu Halim, Ustaz Mustaffa Bakari, Sir M dan Cikgu Ahmad bin Maska (PK KO). Depan dari kiri - Cik Nurul Izza dan Ustazah Azyan.

Program ini berlangsung selama 3 hari 2 malam. Feri berlepas dari jeti Shahbandar jam 10.00 pagi dan selamat tiba di jeti pulau dalam jam 12.00 tengahari.

Sebaik sahaja sampai para pelajar dan guru hanya berjalan kaki menuju ke Pusat Kokurikulum Pulau Redang yang hanya 500 meter dari jeti.

Aktiviti pertama - Water Confident


Para pelajar telah dibawa ke satu teluk yang dinamakan Teluk Dalam untuk membiasakan diri menggunakan BA (Buoyancy Aids) serta keyakinan mengapungkan diri di dalam air. Seramai 3 orang jurulatih pakar telah diberi mandat untuk membuatkan para pelajar yakin untuk berenang. Pelajar yang seramai 39 orang telah dibawa dengan menaiki lori manakala para guru dengan menaiki van.

Memanaskan badan.




Malamnya pula berlangsung sesi taklimat dan juga ice-breaking tentang kem. Juga diberi pengenalan tentang alatan berenang seperti mask, j-tube dan juga BA (buoyancy Aids). Ini adalah kerana keesokan hari para pelajar dan guru akan melakukan snorkeling di Taman Laut.

Penerangan taklimat oleh Ketua Kem - Cikgu Halim

Penerangan tentang alatan renang oleh jurulatih - Cikgu Marzuki


Hari ke-2. Pagi yang tenang dan damai telah menggamit semua pelajar untuk bersiap2 melakukan aktiviti istiadat pagi seperti menyanyikan lagu Negaraku dan senaman pagi. Semua acara telah dilaksanakan dengan sebaiknya kerana para pelajar sangat memberi kerjasama yang diinginkan.



Persediaan ke Taman Laut.











Pulau Paku


BBQ Ayam dan Ikan


Persembahan Pelajar dan Post Mortem


Hari terakhir

Tiada lagi aktiviti air, sementara menantikan feri. para pelajar telah di bawa ke hutan paya bakau untuk melihat sendiri bagai mana rupa paya bakau itu.


Menurut jurulatih, selut atau lumpur dari paya bakau bagus untuk kulit dan sesuai dijadikan bedak sejuk amalan dahulukala..

Apa??? Baik untuk kulit????

Terus sapu selut ke muka
Tidak ketinggalan yang dah kulit cantik pun nak sapu jugak

Excited pulak budak nih




Selepas makan tengahari, sementara menanti ketibaan feri, sekali lagi kami bergambar kenangan di hadapan Pusat Ko Pulau Redang. Kerana ini lah pengalaman yang sangat manis buat kami.



Tulang belakang aktiviti kali ini - Ustazah Nor Azyan dan pembantu beliau - Teacher Nurul

Monday, May 23, 2011

Bencana Pelajar SKBN


Pada hari guru yang lalu SKBN telah menyambut hari guru dengan penuh kemeriahan. Namun tidak pernah terlintas di pemikiran kita bahawa hari yang bahagia itu bakal menjadi tarikh bencana kepada salah seorang pelajar SKBN.

Syarifah Raihana Yasmin (berbaju biru) merupakan pelajar tahun 6 dan bakal menduduki peperiksaan UPSR 2011. Beliau memang terkenal dengan sifat lemah lembut dan sering tersenyum kepada semua orang.

Pada hari Isnin 16 May 2011, kejadian litar pintas di tingkat atas rumah beliau telah mengakibatkan Syarifah sekeluarga kehilangan tempat tinggal. Kejadian berlaku lebih kurang jam 6 petang. Menurut keluarga mangsa, kejadian kebakaran berlaku begitu pantas sehinggakan tidak sempat menyelamatkan apa-apa barang.


Walaupun kebakaran bermula dari atas bilik ini, sebaik sahaja kebakaran dapat dipadamkan, dapat diperhatikan bahawa satu-satunya bilik yang tidak musnah 100%. Itulah keajaiban kuasa Allah, kerana bilik inilah bilik mereka sekeluarga menunaikan solat fardhu.







Semoga keluarga beliau tabah menghadapi hari2 mendatang..

Hari Guru 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2011

Seawal jam 800 pagi para pelajar mula berkumpul di dataran perhimpunan. Ada berbagai warna dan ragam mereka semua. Walaupun timbul sedikit kekalutan semasa memulakan majlis, namun berkat ketangkasan para guru SKBN menyelesaikan masalah microfon yang tidak berbunyi, majlis dapat diteruskan seperti biasa.

Setiap tahun akan diadakan tema hari guru. Jika tahun lepas warna coklat yang menjadi tema, tahun ini kesepakatan telah dibuat dan biru menjadi tema.

Ustaz Mustaffa Bakari diberikan tanggungjawab untuk menggalas tugas sebagai pengerusi majlis tersebut. Antara acara yang dimulakan ialah nyanyian lagu Negaraku, Selamat Sultan, dan MajU Berdikari (lagu sekolah). Kemudian turut menjemput wakil pelajar adik Shahril Fahmi selaku ketua murid menyampaikan ucapan.

Seterusnya perutusan-perutusan telah disampaikan oleh PK1 - Pn Zaitom Hassan, PK Hem Pn Azizah Embong dan juga PK Ko Haji Ahmad bin Maska. Majlis kemuncak dengan ucapan guru besar SKBN Haji Mat Salleh bin Abd Wahab.

Bacaan ikrar hari guru telah disampaikan oleh Sir Mazyudin bin Mokhtar dan diikuti oleh semua warga pendidik. Seterusnya juga disampaikan lagu "Guru Malaysia" dan nyanyian secara beramai-ramai.

Simbolik atau kemuncak perayaan hari guru tahun ini telah disediakan oleh Ustazah Maznah Ibrahim. Beliau telah menyiapkan satu kad ucapan gergasi khas untuk guru besar dan telah ditandatangi oleh semua guru.


Acara pentas juga telah selamat berlangsung dimana 9 kelas dari 12 telah menyampaikan setiap persembahan mereka dengan baik. Hari guru telah berlangsung dengan meriah, dan para guru mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua murid kerana turut menyayangi kami seperti kami menyayangi mereka.

p/s - Gambar sukaneka tidak dapat disiarkan atas kerosakan teknikal..

Cuaca


For more widgets please visit www.yourminis.com