;

Thursday, July 9, 2009

Istilah Melayu - Permainan Matematik






Ini sebenarnya satu aktiviti peringkat sekolah yang dianjurkan oleh Persatuan Matematik SKBN yang telah diadakan pada hari Selasa lepas, 7 Julai 2009. Ia melibatkan semua persatuan dan kelab yang ada di SKBN. Gambar di atas hanya menunjukkan persiapan dan persediaan peserta untuk permainan ini. Gambar ketika aktiviti ini dijalankan saya belum terima. Maaf...

Saturday, June 27, 2009

Majlis Temu Murni Ibu Bapa Guru

Majlis Temu Murni Antara Ibu Bapa dan Guru telah diadakan pada :
Tarikh : 27 Jun 2009
Hari : Sabtu
Masa : 9.00 hingga 11.00 pagi

Majlis ini diadakan untuk mengeratkan hubungan antara guru dan ibu bapa murid dalam meningkatkan prestasi pencapaian murid-murid dalam peperiksaan. Para ibu bapa juga boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan anak-anak mereka sama ada berkaitan akademik, kokurikulum, kelakuan dan sebagainya.

Sambutan yang diberikan oleh ibu bapa sangat baik. Boleh dikatakan 98% ibu bapa murid hadir pada majlis ini, bahkan ada yang datang lebih awal dari masa yang ditetapkan untuk berjumpa guru.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dalam suasana yang sangat harmoni. Para ibu bapa juga diberi sedikit cenderahati sebagai tanda penghargaan atas kehadiran mereka.

Sunday, June 14, 2009

Semester baru

Hari ini bermula semester kedua persekolahan tahun 2009. Bermula dengan perhimpunan pagi dan perjalanan pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti biasa. Cuma ada berita yang baru diterima iaitu pertukaran dua orang guru ke sekolah lain.
Mereka ialah :
1) Cikgu Rani Sulong (Blogger blog SKBN) - akan bertukar ke SK Kedai buluh.
2) cikgu Zuraidi - akan bertukar ke negeri kelahirannya, Perak Darul Ridhuan.

Tahniah kepada guru berkenaan dan Selamat Maju Jaya.

Thursday, May 28, 2009

Selamat Bercuti

Selamat bercuti kepada semua guru dan murid SKBN. Bermula 29 Mei 2009 hingga 13 Jun 2009.
Pesanan untuk murid :
- Cuti cuti juga tapi buku jangan lupa.
- Kalau ada kelas tambahan mesti datang,jangan ponteng pulak.
- Jagalah diri baik-baik.

Pesanan untuk guru :
- Cuti cuti juga tapi ada kelas tambahan jangan lupa.
- Mana mana yang buat rombongan ke Camaron highland tu, hati-hati di jalan raya, buah tangan jangan lupa.
- Yang cuti ni dapat menantu, selamat menyambut menantu kami ucapkan, insyaAllah 6 Jun nanti sampai lah..

"SELAMAT BERCUTI UNTUK SEMUA"
- BERHATI-HATI DI JALAN RAYA -

Thursday, May 21, 2009

Imtihan Nisfu Sanah

Peperiksaan Pertengahan Tahun telah bermula pada hari Rabu 20 Mei 2009 dan akan berakhir pada Rabu 27 Mei 2009.
Pagi tadi sedang murid-murid menjawab soalan muncul binatang ini di dataran sekolah berhampiran kelas tahun dua.

Tetapi ia telah dibunuh kerana boleh membahayakan murid. Cuaca hujan pagi tadi mungkin menyebabkan binatang juga keluar mencari perlindungan di tempat lain. Semoga murid murid SKBN dapat menjawab soalan dengan baik dan tenang.

Monday, May 18, 2009

Hari Pembina Negara Bangsa

Sambutan hari guru pada tahun ini yang bertemakan "Guru Pembina Negara Bangsa" jatuh pada hari Sabtu, 16 Mei 2009. Terengganu menjadi tempat sambutan hari guru peringkat kebangsaan tahun ini pada tarikh tersebut yang diadakan di Taman Tamadun Islam (TTI), Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. TTI ini sangat terkenal dengan keindahan dan kecantikan senibina Masjid Kristalnya yang baru sahaja beberapa tahun siap dibina, tetapi telah menjadi tempat tumpuan dan daya tarikan pelancong ke Terengganu.

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini, Isnin, 18 Mei 2009 disebabkan semalam, pada hari Ahad SKBN telah mengambil cuti peristiwa sempena Perkhemahan Tahunan Unit Beruniform. Walaupun sambutannya lewat sedikit, namun kemeriahan hari guru ini tetap terasa.

"Selamat Hari Guru" buat semua guru di SKBN dan semua guru di Malaysia.


Guru Penolong Kanan HEM membacakan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia



Semua guru dapat hadiah...sukanyer

Ni hantaran untuk siapa?


"GURU PEMBINA NEGARA BANGSA"

Cuaca


For more widgets please visit www.yourminis.com