Trial UPSR baru je berakhir, dan disambung terus dengan Kem SINAR UPSR 2011. Harapannya semoga masih ada sinar di sebalik wajah-wajah calon UPSR 2011 ini. Sungguhpun Trial baru2 ni hanya 3 calon sahaja yang mendapat 5A, harapan agar masih ada calon2 yang bakal menggegarkan SKBN pada hari pengambilan keputusan UPSR nanti.
Berbalik kepada KEM. Kem ini diadakan sehari suntuk bermula seawal jam 730 lagi para pelajar tahun 6 mula memenuhi perkarangan surau untuk melakukan aktiviti rutin harian mereka iaitu bacaan Yassin dan solat Hajat / Dhuha. Bacaan Yassin telah dikhalifahkan oleh Ustaz Muda dan solat Hajat juga telah diimamkan oleh Ustaz Muda





Sebaik sahaja aktiviti di surau berakhir, maka kem diteruskan di makmal komputer dimana fasilitator jemputan telah bersedia menunggu iaitu Cikgu Wahab bin Salleh, dari PPD. Beliau telah membahagikan para pelajar ke dalam 6 kumpulan. Setiap kumpulan dilantik seorang ketua dan penolong

Setiap pelajar juga telah diberi barang amanah berbentuk buah epal dimana mereka diamanahkan untuk menghadiahkan epal tersebut kepada Tn Guru Besar pada majlis penutup malam nanti. Dengan harapan epal yang diamanahkan tiada cacat celanya.

Para pelajar diberi sekeping manila kad berbentuk A4 untuk digantungkan pada leher masing2 sepanjang kem berlangsung.


Sebaik sahaja solat Isyak, majlis penutup diadakan di dalam kantin sekolah. Kesemua ibu bapa turut bersama-sama para pelajar.

Sebahagian daripada tenaga pengajar SKBN


Kaum ibu

Kaum bapa


Pelajar terbaik kem perempuan - Zuraidah bt Anuar

Pelajar terbaik kem lelaki - Yusri b Muda. Kelihatan bapa beliau bersama-sama meraikan.

Birhday boy - kebetulan tarikh kem dijalankan sama dengan tarikh budak ni, Faizul Izwan bin Alias. Tarikh lahir 27 Julai 1999.
Acara kemuncak. Muhasabah dan zikir munajat sambil berpegangan tangan.