;

Thursday, July 30, 2009

Selamat Pengantin Baru

SKBN mengucapkan "TAHNIAH DAN SELAMAT PENGANTIN BARU" kepada Cikgu Hamidah binti Awang dengan pasangannya Zaidi bin Ibrahim yang akan melangsungkan perkahwinan mereka pada Sabtu, 1 Ogos 2009 bersamaan 10 Syaaban 1430 Hijrah. Majlis jamuan pengatin perempuan akan diadakan di kediaman beliau di 298 Kampung Seberang Tepoh, 21060 Kuala Terengganu.

Semoga Allah merestui dan memberkati majlis tersebut, dan semoga Allah merahmati pasangan suami isteri ini dengan kebahagiaan dunia dan akhirat. Amin

# Guru-guru dijemput ke majlis jamuan selepas kursus.

Kursus Kajian Tindakan - LADAP

Kursus ini akan diadakan pada :

Tarikh : 1 Ogos 2009
Masa : 8.00 pagi hingga 12.3o tengahhari
Tempat : Makmal Komputer Sekolah

Semua guru dan kakitangan diwajibkan hadir.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

"BERSAMA MELONJAKKAN PRESTASI PENDIDIKAN"

Monday, July 27, 2009

Percubaan UPSR

Salam Sejahtera.

Peperiksaan Percubaan UPSR akan bermula esok bagi pelajar-pelajar tahun 6 dan Ujian OTI 3 bagi murid-murid tahun 1 hingga 5. Kami mendoakan semoga semua murid akan dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan baik. Fikir dulu sebelum jawab.

"Selamat Maju Jaya"

"Maattaufiq Binnajah"

Monday, July 20, 2009

Al-Fatihah...

Seorang guru SKBN iaitu Puan Wan Zuliana binti Wan Nawang telah kembali ke rahmatullah pagi tadi. Pihak sekolah mengucapkan takziah buat suami dan keluarga beliau. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.
Beliau menghembus nafas terakhir di rumah sewanya di Kampung Banggol Nyiur, Tepoh dan akan dikebumikan di kampung keluarganya di Batangan, Marang. Allahyarham meninggalkan seorang suami dan seorang anak lelaki yang berusia 3 tahun.

Al-Fatihah..

Sambutan Isra' Dan Mikraj

Sambutan Isra' dan Mikraj akan diadakan pada :

Tarikh : 21 Julai 2009 bersamaan 28 Rejab 1430
Hari : Selasa
Masa : 3.00 hingga 4.30 petang
Tempat : Kantin/Dewan SKBN

Agenda :
3.00 - Aluan pengacara
3.10 - Syarahan oleh wakil persatuan-persatuan di SKBN
- Diselang-seli dengan kuiz spontan berkaitan isra' mikraj
4.30 - Majlis penutup dan jamuan.

Sunday, July 12, 2009

Perkhemahan Pengakap Kem Telaga Batin





Seramai 8 orang ahli Pengakap SKBN telah menyertai Perkhemahan Pengakap Kuala Terengganu yang diadakan di Kem Telaga Batin bermula hari Khamis 9 Julai hingga Sabtu 11 Julai 2009. Semua sekolah di sekitar Kuala Terengganu menghantar wakil menyertai perkhemahan yang dianjurkan oleh Pengakap Kuala Terengganu ini.
Tahniah kepada peserta yang menyertai perkhemahan ini, mereka telah menerima Sijil Penyertaan dan Lencana Ketua Sekawan.

Thursday, July 9, 2009

Istilah Melayu - Permainan Matematik






Ini sebenarnya satu aktiviti peringkat sekolah yang dianjurkan oleh Persatuan Matematik SKBN yang telah diadakan pada hari Selasa lepas, 7 Julai 2009. Ia melibatkan semua persatuan dan kelab yang ada di SKBN. Gambar di atas hanya menunjukkan persiapan dan persediaan peserta untuk permainan ini. Gambar ketika aktiviti ini dijalankan saya belum terima. Maaf...

Cuaca


For more widgets please visit www.yourminis.com