;

Thursday, August 27, 2009

Pertanyaan Imam Al-Ghazali

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya...

1 - Pertama, "Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".
Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.
Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.
"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )

2 - Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari dan bintang-bintang. Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak bisa kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3 - Lalu Imam Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. "Apa yang paling besar di dunia ini?"
Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi dan matahari. Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu"
Justeru nafsu yang menguasai diri , menyebabkan manusia gagal menggunakan aqal , mata , telinga dan hati yang dikurniakan oleh Allah swt. untuk hidup berlandaskan kebenaran . Fenomena ini menyebabkan mereka terjerumus ke dalam Api neraka Jahanam .
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai." ( Surah Al A'araaf 179 )
Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka .

4 - Pertanyaan keempat adalah, " Apa yang paling berat di dunia ini?"
Ada yang menjawab baja, besi dan gajah. Semua jawapan hampir benar, kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang amanah"
"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (Ingatlah) sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan." ( Surah Al Ahzaab 72 )
Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak bisa memegang amanahnya.

5 - Pertanyaan yang kelima adalah, " Apa yang paling ringan di dunia ini?".
Ada yang menjawab kapas, angin, debu dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah meninggalkan solat. Gara-gara pekerjaan, kita tinggalkan solat, gara-gara meeting kita tinggalkan solat.

6 - Lantas pertanyaan ke enam adalah, " Apakah yang paling tajam di dunia ini?".
Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang... Benar kata Imam Ghozali, tapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah, manusia dengan begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

Friday, August 21, 2009

Sambutan Ambang Ramadhan

Menjelang bulan Ramadhan yang dilalui tidak lama lagi,pelbagai pesiapan dibuat untuk menghadapinya. Antaranya adalah persiapan ilmu yang sangat perlu bagi memastikan setiap amalan yang dilakukan bertepatan dengan kehendak syariat.
Dengan inisiatif Panitia Agama Islam, satu majlis telah diadakan bagi memberi ilmu dan penjelasan tentang puasa kepada murid-murid supaya mereka lebih bersedia untuk menunaikan ibadah ini. Majlis ilmu yang diberi nama "Sambutan Ambang Ramadhan" telah diadakan pada 20 Ogos 2009 hari Khamis bermula jam 11.00 pagi dan berakhir jam 12.30 tengah hari. Taklimat Ramadhan atau ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Mustaffa Bakari bin Mohd dengan tajuk "Puasa Ramadhan : Kefarduan dan kelebihan".
Majlis ini berjalan dengan baik dan diakhiri dengan jamuan untuk murid-murid dan guru.
Membaca doa agar majlis diberkati

Murid Khusyuk mendengar ceramah

Sunday, August 16, 2009

Thursday, August 13, 2009

Album Raja Sehari




Buat member-member yang tak dapat datang ke majlis beliau, yang telah bertukar ke tempat jauh, yang keuzuran dan yang saja tak nak datang..bolehlah tengok. TQ

Tuesday, August 11, 2009

Selamat Kembali Bertugas


Selamat kembali bertugas kepada Puan Rozifah binti Yaacob yang telah sembuh daripada kecederaan kerana terlibat dengan satu kemalangan pada 2 Ogos kira-kira jam 4.30 pagi. Beliau yang mengajar Bahasa Inggeris dimasukkan ke Hospital Pasir Putih, Kelantan setelah Kereta Perodua Myvi yang dipandu suaminya terbabas ke bahu jalan dan melanggar sebuah kenderaan yang berhenti disitu. Bagaimanapun suami dan anaknya yang berumur 6 tahun hanya mengalami cedera ringan dan hanya diberi rawatan sebagai pesakit luar. Beliau terpaksa berada di hospital beberapa hari untuk rawatan lanjut kemudian dibenarkan pulang ke rumahnya tetapi masih lagi memerlukan rawatan dari semasa ke semasa.
Hari ini beliau telah hadir ke sekolah untuk meneruskan amanah sebagai pendidik. Semoga beliau diberi kesihatan yang baik dan dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.

Thursday, August 6, 2009

Separuh Akhir Syaaban

Kita telahpun memasuki separuh akhir bulan Syaaban. Ini bermakna tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Semoga kita berkesempatan pada tahun ini untuk menunaikan ibadah puasa dan memperolehi pelbagai kelebihan yang dijanjikan Allah pada bulan Ramadhan.

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ رَجَبَ قَالَ اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَانَ

“Adalah Nabi SWT bila baginda telah memasuki bulan Rajab baginda berdoa: ‘Ya Allah, berkatilah untuk kami bulan Rajab dan Sya’ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”

Amin

Cuaca


For more widgets please visit www.yourminis.com